Assalamualaikum,
Baru-baru ini DN berpeluang untuk ke sebuah restoran yang menyajikan makanan western dan malaysian fusion (malay, chinese & indian food). Restoran ini mula dibuka pada 18 Mei 2016 yang lalu. Semakin hari semakin ramai pelanggan datang ke restoran ini kerana hidangan yang disajikan sangat sedap dan menarik perhatian pelanggan untuk merasainya. Lebih-lebih lagi ada hidangan yang disediakan bersaiz L yang boleh dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Restoran yang DN maksudkan adalah Besito's Survival. Besito's Survival diambil dari perkataan "latin". Besito's bermaksud "senyum kecil" dan Survival pula bermaksud "pelengkap ikhtiar hidup". Pemilik restoran ini cuba untuk memberikan pelanggan mereka kepuasan dan kesedapan maksima supaya pelanggan berpuas hati sambil tersenyum selepas menikmati makanan mereka.
Maklumat restoran ini adalah seperti berikut :-
RESTORAN BESITO'S SURVIVAL
No.77, Ground Floor, Jalan Pelabur B 23/B,
Seksyen 23, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi :
Selasa - Jumaat (4.00pm - 2.00am)
Sabtu & Ahad (4.00pm - 3.00am)
Isnin (Cuti)
Facebook : Besito's Survival
Instagram : Besito's Survival
Hidangan yang DN makan bersama-sama rakan yang lain akan DN kongsikan dibawah ini. Moga dapat membantu rakan-rakan lain yang buntu untuk memilih makanan ketika berada disini. Disyorkan untuk mencuba makanan mereka berasaskan daging lembu, kambing dan ayam kerana dagingnya sangat manis dan lembut.
Supreme Grill (5-6 orang makan) |
Abalone Mee Raja (1-2 orang makan) |
Chili Crab with Mantou Bun (1-2 orang makan) |
Butter Prawn |
Nasi Goreng Tomyam Ayam Pandan |
Pelbagai jenis minuman |
Macam mana? Menarik kan makanan mereka? Itu baru sedikit, banyak lagi DN nak cuba selepas ini. Bukan sahaja hidangannya nampak menarik, bila masuk dalam mulut pasti tidak menyesal sebab memang sedap sangat masakan mereka. DN merancang untuk membawa keluarga dan rakan-rakan yang lain pula datang ke sini. Korang juga kena pergi mencubanya. Pasti tidak menyesal dan kecewa.