Assalamualaikum,
Seperti yang dinyatakan pada entry sebelum ini, dari feri kami terus menuju ke Maru Koala & Animal Park. Perjalanan ini mengambil masa hampir 1 jam 30 minit untuk sampai ke sini. Sempat juga DN tidur di dalam kereta. Maklum sahaja, kami ada pemandu pelancong tegar yang akan memandu kami sepanjang berada di Melbourne ini. Maka, bila mengantuk kami tidur. Bila lapar, kami makan. Memang seronok sepanjang kami berada di sini. Heee....
Selamat datang ke Maru Koala & Animal Park. Comel sahaja koala berbaju biru kuning itu kan. Kami tiba di sini sekitar jam 9.15 pagi. Nama sahaja pagi tetapi cuaca di sini sudah panas dan tidak berangin. Baru sahaja keluar dari kereta sudah berpeluh. Fuhhh!!! Tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk kami bersiar-siar di dalamnya.
Pengunjung yang datang ke sini akan menerima gelang kertas seperti di atas. Harga untuk masuk ke tempat ini adalah seperti berikut :-
Adult | Child (4- 15 incl.) | Family (2 Adults + 2 Children | Australia Senior Citizen | |
Animal Park Only | $20 | $11 | $54 | $14 |
Mini Golf | $15 | $9 | $40 | $12 |
All Day Pass (Both) | $30 | $16 | $80 | $20 |
Katanya ada free wifi di dalam ini tetapi sepanjang DN di dalam kawasan ini tidak dapat mana-mana wifi kecuali yang di hotspot oleh kawan DN dari telefon beliau. Hmmm... Nak bagi 5* rating ke macam tu? Heee....
Ok, sekarang boleh pilih, nak ke kiri atau ke kanan? Memandangkan DN ini kidal orangnya jadi DN lebih ke arah kiri. Maka, DN pun belok ke kiri untuk melihat haiwan-haiwan yang berada di sebelah kiri dahulu.
Yang atas tu donkey ke korang? Heee.... :p Kalau korang nak tahu, ada nota di pagar donkey tu tau. Notanya berbunyi begini,
"Please feed me ONLY carrots, Kangaroo food will make me fat!"
Sekarang DN nak tanya, kurus ke donkey tu? DN nampak gemuk je. Hmmm.... Tak kisah lah. Yang penting dia tak friendly macam ostrich tu. Duduk jauh-jauh memang kitorang pun buat tak layan jugak. Ostrich ni yang bijak, datang dekat-dekat tetapi kami yang takut nak pegang. Kikiki...
Lepas dah pusing satu round, sampai la ke tempat kangaroo. DN pegang kangaroo putih ini sebab nampak bersih dan comel sahaja. Ingatkan kangaroo warna coklat je. Ada juga warna putih rupanya.
Kangaroo di dalam ini jinak dan tidak takutkan manusia. Jadi, boleh dipegang dan bila kita ada membawa makanan, ia akan datang dekat dengan kita. Kalau kangaroo liar yang dekat luar, kitorang pun tak berani nak dekat macam ini. Mahunya ditendang dengan kaki diorang yang panjang itu.
Comel-comel kan kangaroo ini. Rasa macam nak bawa balik sahaja. Tak boleh bawa balik yang betul, kita bawa balik yang mainan punya sahaja. Cukuplah, janji ada kan. Hee...
Selesai bersiar-siar melihat kangaroo, kami pergi melihat persembahan koala pula. Beza betul kan koala yang betul ini dengan koala yang senyum lebar pakai baju biru kuning itu. Ceria sahaja tengok dia. Yang koala betul ini asyik makan sahaja. Huhuhu.... Tidak kisah lah, yang penting dapat tengok koala depan mata sendiri.
Hampir sejam juga kami di dalam Maru Koala & Animal Park ini. Tiba masanya untuk kami ke lokasi seterusnya. Perjalanan untuk ke lokasi seterusnya mengambil masa sejam juga. Nanti dah sampai DN kongsikan di entry berikutnya. (Konon-konon live update. Keh3!) :p