Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Menaiki Searoad Ferries dari Queenscliff ke Sorrento Australia

$
0
0
 Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu. Disebabkan DN ada kelapangan waktu hari ini, DN ingin menyambung kisah DN di Melbourne yang sudah bertangguh lama. Untung sahaja kenangan di sana masih utuh dalam memori DN. Terasa seperti baru bulan lepas DN menjejakkan kaki ke sana. InsyaAllah DN akan bercerita disini seikhlas hati dan semampu DN ye.
 Hari keempat trip kali ini, DN dan rakan-rakan yang lain mula meninggalkan Great Ocean Road Resort untuk kembali ke bandar Melbourne. Kali ini kami memilih untuk menaiki Searoad Ferries dari Queenscliff ke Sorrento. Seawal 6.00 pagi kami sudah mula meninggalkan resort penginapan kami.
 Inilah harga yang perlu dibayar untuk menggunakan perkhidmatan Searoad Ferries ini. Mahal ke? Bagi DN berbaloi tau sebab dapat jimatkan masa yang sangat banyak. Kurang dari sejam sudah sampai ke seberang. Kami boleh sambung perjalanan dan berhenti di mana-mana sebelum kembali ke Melbourne City.
 Ferry akan bergerak tepat jam 7.00 pagi. 10 minit sebelum bergerak, semua kenderaan dibenarkan masuk ke dalam ferry. Selepas kereta masing-masing sudah berhenti sepenuhnya di dalam feri, kami semua keluar dari kereta dan pergi ke tingkat atas.
 Di tingkat atas dari tempat letak kereta dalam feri ini terdapat tempat duduk untuk kami duduk-duduk sambil bersantai. Kelihatan di sudut bahagian belakang tempat duduk ini terdapat taman permainan mini untuk anak-anak bermain sebelum feri sampai ke tempat yang hendak dituju.
 Selain itu, terdapat juga ruang cafe untuk duduk sambil minum dan makan di dalam feri ini. Kemudahan wifi juga disediakan. Memang tidak bosan di sepanjang perjalanan ini. Lebih-lebih lagi perjalanan ini mengambil masa kurang 1 jam untuk sampai ke destinasi.
 Jika ingin mengambil angin segar yang sejuk boleh ke bahagian atas sekali feri ini. Terdapat juga tempat duduk untuk bersantai. Angin sejuk disini telah membuatkan DN menggigil sepanjang berada di atas feri ini. Tak sampai 5 minit duduk di atas ini, DN mengambil keputusan untuk turun minum kopi di cafe mereka.
 15 minit sebelum sampai, pengumuman telah dibuat dan semua penumpang perlu kembali ke kereta masing-masing. Akhirnya, kami tiba di Sorrento dan meneruskan perjalanan ke Melbourne City. Sebelum itu, kami singgah di Maru Koala & Animal Park. Ada apa disana? DN akan kongsikan di entry yang lain pula nanti.

Sekarang ini DN nak pergi makan dulu. Jumpa lagi! ^_^

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles