Hari lahir DN pada September 2015 yang lalu, mengikut perancangannya DN akan bercuti ke Tokyo Jepun. Tetapi atas pengaruh rakan sebaya yang memberikan janji-janji manis bahawa hujung bulan Disember tahun sama kami akan mengikuti Europe tour, DN tunda hasrat di hati. Malangnya, apa yang dirancang tidak pun menjadi nyata. Janji tinggal janji. Kecewa betul rasa hati apabila terpengaruh untuk batalkan niat ke Tokyo sebelum ini. Sebab itu DN lebih suka travel solo. Tak perlu terikat dengan siapa-siapa. Huhu...
Masuk tahun 2016, DN telah merancang untuk ke beberapa destinasi seperti Melbourne, Brunei, Turki dan Iceland. Setakat hari ini, DN hanya berjaya sampai ke Melbourne dan Brunei. Untuk ke tempat yang ada dalam list termasuk Tokyo akan ditangguhkan lagi. Iyelah, kita hanya merancang. Moga DN tetap berpeluang untuk sampai ke tempat-tempat yang ada di dalam wishlist DN.
Tahun 2017? DN mengambil keputusan untuk pergi ke tempat-tempat yang sebelum ini ada di dalam perancangan tetapi belum berjaya sampai ke sana. Pepatah melayu ada mengatakan, pucuk dicita, ulam mendatang. Beberapa hari lepas DN mendapat email bahawa Traveloka ada mengadakan contest 'You Need A Holiday Lah' di mana mereka akan menaja percutian kita ke tempat idaman kita. Wowwwyyy!! Menarik kan! ^_^
Antara 10 lokasi yang diberikan di atas, kita perlu pilih satu sahaja destinasi pilihan. Ada pula Tokyo dalam list mereka, maka DN tekad untuk menyertai contest mereka. Mana tahu ada rezeki DN dapat ke Tokyo secara percuma ditaja oleh
Traveloka, jimat duit DN kan. Heee.... Kenapa DN nak sangat ke Tokyo? Jom DN kongsikan apa yang menarik perhatian DN untuk bercuti ke sana.
DN ini merupakan seorang insan comel (perasan!!!) yang sangat suka melihat alam semulajadi dan budaya kehidupan rakyat di sesebuah negara. DN pasti Jepun mempunyai budaya hidup yang sangat berbeza dengan kita sebagai rakyat Malaysia. Dapat melihat kehidupan mereka depan mata dan dari jarak yang dekat menjadi satu keinginan DN selama ini.
Selain itu, DN teruja untuk melihat
Mount Fuji di depan mata DN. Lihat dari gambar-gambar yang dikongsikan rakan-rakan DN semasa berada di sana memang sangat menarik perhatian DN. DN tidak sabar untuk melihatnya sendiri. DN membayangkan diri ini berada di hadapan
Lake Kawaguchiko dengan berlatar belakang Mount Fuji ini. Pasti menarik dan menenangkan hati serta mata kan.
DN juga teringin untuk bermain salji di
Gala Yuzawa yang terletak sekitar 2 jam perjalanan dari bandar Tokyo. Memang DN tidak sukakan sejuk tetapi melihat salji putih yang dikerumuni oleh orang ramai untuk bermain menyebabkan hati ini turut teruja untuk bermain salji di sana. Grrrr... Pasti sejuk dan menggigil kan. Tengok pun dah tahu. Heee....
Bila sudah sampai ke Tokyo, tempat ini menjadi pilihan DN untuk bersukaria. Tidak lain dan tidak bukan,
Tokyo Disneyland. Orang kata duduk di dalam ini boleh seharian dari pagi sampai petang. Pasti banyak permainan yang menarik di dalam ini kan. Ish, tidak sabar rasanya hendak menjejakkan kaki ke Tokyo Disneyland ini.
Selepas itu kan, DN teringin hendak berada di
Shibuya Crossroad ini yang terkenal dengan kesesakan orang ramai melintas jalan di tengah-tengah bandaraya Tokyo. Apalah rasanya berada di sekeliling kesesakan orang ramai sebegitu ye? Bukannya DN nak buat apa-apa pun, DN nak cross jalan banyak-banyak kali je. Boleh tak buat macam tu? Kikiki...
Haa... Mana-mana tempat DN pergi, pasti DN ingin menjejakkan kaki ke masjid yang ada di sana.
Camii Mosque yang terletak di Shibuya menjadi salah satu sebab kenapa DN hendak ke Tokyo. Bahan-bahan binaannya dikatakan didatangkan khas dari Turki dan tentunya konsep masjid ini diadaptasi dari masjid-masjid di Turki. DN ingin melihat dengan mata sendiri keunikan senibina masjid ini. Pasti sangat mengujakan DN nanti.
Akhir sekali, tempat yang DN hendak pergi pastinya ke
Hard Rock Cafe Tokyo. DN merupakan collector t-shirt Hard Rock Cafe. DN cuba untuk menjejaki setiap negara yang mempunyai cafe mereka untuk membeli t-shirt yang berada di negara mereka. Moga DN berpeluang untuk mendapatkan t-shirt Hard Rock Cafe Tokyo pula selepas ini.
Haaa... Itulah antara tempat-tempat yang DN ingin pergi jika berpeluang mendapat tajaan ke Tokyo dari Traveloka. Ketika menyiapkan entry ini sahaja DN sudah dapat membayangkan suasana dan budaya mereka, jika dapat melihat sendiri di depan mata pasti menjadi memori indah yang tidak mungkin dapat DN lupakan. Moga ada peluang dan rezeki DN untuk sampai ke Tokyo satu masa nanti dengan #MyTravelokaEscapade