Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Barangan Preloved di Jalan Jalan Japan Serendah RM2.00

$
0
0
 Assalamualaikum...

 Baru-baru ini DN berpeluang ke Press Conference Jalan Jalan Japan di Restoran Jyuhanchiban Ramen & Japanese Fusion One City, USJ. Pada hari tersebut, telah diumumkan bahawa Jalan Jalan Japan dibuka di Malaysia secara rasminya pada 18 November 2016. Hari Jumaat ini sudah mula beroperasi bermula dari jam 10.00am sehingga 10.00pm. Walaupun masih belum dibuka, DN berpeluang untuk masuk secara eksklusif dan membeli belah di sana sebelum dibuka secara rasmi.
 Dari tingkat bawah One City sudah boleh kelihatan signboard yang besar dan gah kerana ia mengambil 2 tingkat bangunan dan sepanjang barisan tersebut tidak mempunyai kedai lain selain Jalan Jalan Japan. Ia merupakan tempat membeli belah barangan 'preloved' Jepun terbesar yang pertama di Malaysia. Antara barangan 'preloved' yang boleh didapati disini boleh dilihat pada perkongsian gambar-gambar di bawah ini.
Baju dewasa lelaki dan perempuan serta beg tangan berjenama.
Permainan kanak-kanak dan baju kanak-kanak.
Stroller, baby car seat dan permainan kanak-kanak.
Barangan sukan (golf, badminton) dan alat-alat muzik.
Barang keperluan rumah.
 Macam-macam ada di Jalan Jalan Japan kan. DN memang teruja sepanjang berada di sana. Harganya sangat berpatutan dan barangan di sana serendah RM2. Wow! Ada lagi ke barang dengan harga RM2 sekarang. Iya, masih ada di Jalan Jalan Japan.

Kalau ke Jalan Jalan Japan dan berkenan dengan sesuatu barang itu, lebih baik terus beli. Sebabnya, barangan disini apabila orang sudah membelinya, sudah tidak ada lagi barang yang sama. Mereka akan menggantikan barang lain pula kerana setiap bulan stok barang 'preloved' dari Japan sentiasa akan masuk ke sini. Jadinya, tidak ada istilah, "minggu depan lah nak datang beli". Pasti anda akan kecewa. Heee....
 Semasa DN di Jalan Jalan Japan, DN beli permainan rumah Hello Kitty ini dengan harga hanya RM40. Dua tiga kali DN pusing, DN mesti kembali ke tempat barangan mainan kanak-kanak. Seronok sangat berada di tempat kanak-kanak ini tau. Jadinya, DN beli juga.
Selain itu, DN beli tempat permainan baby ini dengan harga RM50 sahaja. Memang rambang mata tau. Rasa macam nak beli banyak lagi tapi itu lah, barang-barang ini besar dan DN datang sendiri. DN pasti datang lagi untuk beli barang-barang lain pula. Ada beberapa barang sudah dalam senarai. Harapnya sempat beli sebelum orang lain sambar. Huhuhu...

Jom kita ramai-ramai ke Jalan Jalan Japan 18 November 2016 ini. DN pun nak ke sana. Rugi tau kalau korang tak pergi. Barangan di sini sangat berbaloi dan kualiti juga masih dalam keadaan yang baik. Kita jumpa disana nanti ye.... ^_^

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles