Japan merupakan negara berpendapatan tinggi tetapi kekurangan ruang untuk menyimpan barang. Mereka hanya memilih barangan yang berkualiti, menjaganya dengan baik dan menghargai barangan yang digunakannya sendiri sehinggakan barangan yang telah digunakan tetap kelihatan seperti baru. Mereka percaya dunia luar merupakan tempat terbaik jika barangan kepunyaan mereka boleh disukai oleh orang lain di luar sana. Ini menyebabkan mereka menjual barang-barang mereka sebagai barangan 'Preloved'. Bermula awal 90an Japan telah dilanda dengan satu fenomena baru yang tidak diketahui secara meluas oleh dunia luar. Pengasas trend ini adalah Bookoff Corporation dan ia telah berkembang lebih 800 cawangan di Japan dan luar negara.
Fenomena Japan ini telah sampai ke Malaysia dan cawangan pertama Jalan Jalan Japan ini akan dibuka di One City Mall USJ bermula 18 November 2016 ini. 'Jalan Jalan' merupakan perkataan yang sangat popular dalam bahasa Melayu. Ia lebih kepada pergi berjalan melihat-lihat atau mencuci mata ke tempat yang tidak dirancang. Boleh juga dikatakan aktiviti ini sebagai 'Window Shopping'. Nama Jalan Jalan Japan dipilih bagi mengajak orang ramai datang ke kedai ini untuk berjalan-jalan bagi melihat dan merasai sendiri pengalaman berada di dalam kedai ini. Jika ada barangan yang diminati, boleh terus membeli belah disini dengan harga yang lebih berpatutan.
Di Malaysia, Jalan Jalan Japan merupakan syarikat usahasama antara Bookoff Corporation Limited, Koike Malaysia Sdn Bhd, Koike Corporation Limited dan Bok Marketing Sdn Bhd. Untuk pengetahuan semua, BOOKOFF merupakan salah satu kedai barangan terpakai 'preloved' yang terbesar di Jepun. Bermula Ogos 1991, lebih daripada 97% mengenali nama Bookoff ini dan lebih 100 juta orang telah menjalankan aktiviti menjual dan membeli disini sejak mereka mempunyai lebih 800 cawangan di Jepun dan luar negara.
Antara barangan yang boleh didapati di Bookoff adalah CD, DVD, barangan video game, barangan kanak-kanak, barangan keperluan rumah, barangan sukan, alatan muzik, designer's bag dan jam tangan. Mereka kini membentuk sebuah kedai 'preloved' terbesar di dunia. Di Malaysia, mereka lebih memfokuskan barangan 'preloved' seperti baju, kasut, bag tangan, mainan kanak-kanak, barangan keperluan rumah, barangan sukan, alat-alat muzik dan juga stroller bayi. Kedai ini dilengkapi dengan ruang yang luas, bersih dan juga pencahayaan yang baik.
Maklumat lanjut Jalan Jalan Japan adalah seperti berikut :-
JALAN JALAN JAPAN
Level 1A, One City Mall, USJ
Waktu Operasi : 10.00am - 10.00pm
Facebook page : Jalan Jalan Japan.Malaysia
Instagram : jalanjalanjapanmy