Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Masing-masing tengah sibuk ke tu? Cukup-cukup lah kerja tu. Kerja memang tidak pernah habis kan. Apa kata tengok balik cuti tahunan kalian, mesti banyak lagi kan. Ish3, suka betul kalian buat kerja ye. Heee.... Tidak lama lagi cuti sekolah jadinya apa perancangan kalian? Kalau tanya DN yang suka sangat dengan kerja siang dan malam ini, setiap kali cuti sekolah DN akan bagi laluan kepada mereka yang sudah berkeluarga untuk bercuti bersama anak-anak mereka. Maklum sahaja, DN ini bujang. Bila-bila masa sahaja boleh pergi bercuti. Tidak perlu menunggu cuti sekolah pun. Tapi kan... Cuti DN pun banyak lagi sebenarnya. Hmmm.... So ibu bapa semua, apa perancangan kalian hujung tahun ini?
Bila masuk sahaja hujung tahun, dekat kepala semestinya sudah tahu yang cuti sekolah sudah bermula. Pasti ibu bapa sibuk merancang percutian bersama keluarga kan. Kenapa mesti hujung tahun? Semestinya kerana bulan tersebut merupakan cuti sekolah yang panjang sebelum memasuki tahun berikutnya. Oleh itu, kebanyakan ibu bapa akan mengambil peluang ini untuk menghabiskan masa bersama keluarga di tempat-tempat yang menarik. Kini di dalam negara juga sudah mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati bersama keluarga. Walaupun begitu, terdapat juga ibu bapa yang lebih suka ke luar negara untuk melihat dan merasa sendiri suasana di negara orang. Pilihan di tangan masing-masing. Percutian di dalam negara mahupun di luar negara mempunyai daya tarikan mereka yang tersendiri. Kalau tanya DN, ikut bajet anda. Ada bajet lebih, pergilah bercuti ke negara orang. Bajet tidak banyak, jalan-jalan di dalam negara juga sudah cukup menggembirakan. Yang penting, pergilah bercuti. Selain untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga, dapat juga keluar daripada suasana kerja bagi mendatangkan mood kerja yang lebih segar selepas kembali dari bercuti nanti.
Ada ibu bapa yang sudah merancang awal percutian mereka bersama keluarga. Lebih mengujakan setahun sebelum ke tempat yang ingin dituju, mereka sudah merancang percutian mereka. Pasti anak-anak tidak sabar menunggu masa yang dinanti-natikan. Ada juga yang baru merancang untuk bercuti bersama keluarga. Biasa DN dengar, ibu bapa ingin melihat dahulu keputusan akhir tahun anak-anak mereka. Jika keputusan peperiksaan memberangsangkan iaitu mendapat kedudukan nombor 1 hingga 3 di dalam kelas, ibu bapa akan membawa anak-anak mereka bercuti jauh sedikit. Jika tidak, mereka akan pergi bercuti dekat-dekat sahaja. Memang satu motivasi yang bagus buat anak-anak yang suka berjalan melihat tempat orang.
Orang kata mahal bila merancang percutian di saat-saat akhir. Betul ke? Siapa kata mahal? Jika kita bijak memilih dan merancang dengan sebaiknya, percutian lebih berbaloi walaupun dirancang di saat-saat akhir. Buat mereka yang sedang dalam perancangan untuk bercuti, DN cadangkan untuk ke website ini.
![]() |
https://www.traveloka.com/en-my/ |
Siapa pernah merancang percutian mereka bersama Traveloka? Tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan harga yang terbaik dengan melayari website ini? Lebih menarik lagi terdapat aplikasi yang boleh dimuat turun di telefon anda bagi memudahkan anda mecari hotel di mana-mana destinasi dalam dan luar negara. Sebut sahaja Traveloka, pastinya terdapat banyak pilihan hotel yang boleh didapati di dalam website tersebut.
Kepada mereka yang belum pernah merancang percutian melalui website Traveloka, anda perlu mencubanya. Tidak rugi pun untuk anda melihat sendiri website tersebut dan cuba memasuki mana-mana negara yang ada di dalam perancangan anda. Masukkan sahaja maklumat tarikh, lokasi dan bilangan tetamu, banyak pilihan hotel boleh didapati didalamnya mengikut bajet anda. Percayalah, pasti tidak akan mengecewakan anda. Ini kerana terdapat lebih daripada 100 hotel di Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam senarai mereka. Terdapat juga hotel-hotel di negara lain yang boleh didapati di dalam website ini.
Lebih menarik lagi bersempena dengan cuti sekolah, Traveloka ada mengadakan promosi hujung tahun. Anda boleh ke website Traveloka ini untuk melihat sendiri promosi yang ditawarkan. Memang terdapat diskaun hebat yang sangat berbaloi-baloi untuk anda. Sangat sesuai untuk mereka yang baru merancang percutian di saat-saat akhir.
DN juga seperti anda, suka merancang percutian di saat akhir. Bila mood bercuti itu sudah sampai, buka sahaja Traveloka di phone, terus pilih hotel mana yang DN ingin terjah bagi menenangkan fikiran. Ternyata DN suka merancang percutian DN dengan Traveloka. Terfikir sahaja hendak ke mana, terus ke aplikasi Traveloka di telefon, pilih tarikh dan lokasi, buat bayaran, DN sudah sedia untuk pergi bercuti. Lebih-lebih lagi bila ada promosi. Laju sahaja DN terjah ke applikasi mereka. Mudah kan! Sebab itu DN sangat sukakan TRAVELOKA.
Apa lagi? Jom lihat promosi Traveloka dan rancang percutian anda bersempena cuti sekolah ini. :)