Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Kemeriahan Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016

$
0
0
Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Siapa yang pergi Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016 baru-baru ini? DN seharian berada di sana dan alhamdulillah DN sempat bertegur sapa dengan sahabat blogger yang DN kenali dan ada yang DN baru kenal disana. Maaf jika ada yang DN tidak tegur. Ternyata komuniti blogger semakin berkembang dan DN akui tidak semua orang yang hadir ke SBB 2016 DN kenal. Moga aktiviti seperti ini terus dilakukan supaya dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama blogger dan seterusnya menguatkan komuniti blogger senusantara.
Bertempat di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur, penganjur program Denaihati Network telah berjaya mengumpulkan lebih 200 blogger di bawah satu bumbung. Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016 ini telah berlangsung seawal jam 8.30pagi dan berakhir pada jam 5.00petang. Pengisian sepanjang ia berlangsung sangat padat dengan perkongsian ilmu berbentuk forum di kalangan penggiat sosial media dan internet marketer yang telah berjaya di dalam bidang masing-masing. Selain itu, penaja-penaja juga berpeluang untuk berkongsi info dan maklumat dengan blogger dan kerjasama antara blogger dan penaja pasti memberi impak di dalam perniagaan mereka.
Kredit : www.adpadiputra.com
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur Denaihati Network kerana berjaya mengadakan Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016 buat kali yang kelima. Moga penganjuran bermanfaat seperti ini akan dapat diadakan setiap tahun. DN kongsikan disini gambar-gambar rakan blogger yang dapat DN semadikan gambar DN bersama mereka. Jom layan~
Blogger Acik Dayah (kiri) & Pengusaha Tudung Sweet Kurma (kanan)
Blogger Namia (tengah) & Penulis Skrip Mak Dara (kanan)
Blogger Pengusaha Nanas Hazman Fadzil
Blogger Hartanah Abang Ensem
Blogger Shakiddo
Blogger Izzat Nazmi (kiri sekali), Nizam Ijam (kiri) & Encik ST (Kanan)
Blogger Ummi Zarra
Blogger Cikgu Ieta
Blogger Uncle Zuan (tengah) & Pena Berkala (kanan)
Top Blogger Bro Framestone
Abang Man (kiri), Norman Hakim (kanan), Memey Suhaiza & Kak Enon
 Sepanjang berlangsungnya SBB 2016 ini, Kotak Lensa memberikan perkhidmatan terbaik mereka dengan menyediakan photo booth dan props yang dapat digunakan oleh semua mereka yang hadir. Pelbagai aksi dan mimik muka yang mencuit hati dapat dilihat di Facebook mereka. Ternyata mereka yang hadir begitu gembira disini termasuk DN. Antara aksi-aksi DN dan rakan-rakan boleh dilihat di bawah.
Memang tidak banyak gambar DN di photo booth ini. Nak tangkap banyak-banyak segan. Apa lah DN ni kan. Orang lain sampai berpuluh-puluh tangkap gambar kat sini macam orang baju hitam atas tu. Heee...
Apapun, terima kasih kepada team Denaihati Network atas penganjuran Sepetang Bersama Blogger 2016 ini. Tidak dilupakan, terima kasih juga kepada semua penaja yang sudi memeriahkan majlis ini.

InsyaAllah kita berjumpa lagi di tahun hadapan. Salam sayang dari Deq Noor... ^_^
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles