Jika kalian berada di Phuket pada hujung minggu, jangan lupa untuk ke Phuket Weekend Market (atau dikenali di Phuket sebagai Naka Market). Ia terletak di sepanjang jalan Chao Fa West dan tidak jauh dari Central Festival. Phuket Weekend Market ini dibuka pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 4.00 petang hingga 9.00 malam sahaja.
![]() |
Kredit : Weekend Market Phuket |
Naka Market dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu ruang tertutup dan terbuka. Untuk bahagian ruang tertutup, ia menempatkan barang-barang kering seperti baju, barangan kraftangan, handbag dan macam-macam lagi. Untuk bahagian ruang terbuka pula menempatkan mereka yang menjual barangan basah seperti makanan dan minuman. Di ruangan basah ini memang kelihatan bercampur antara makanan halal dan tidak halal. Oleh itu, berhati-hati lah jika ingin membeli makanan di sini dan jika ragu-ragu, tak payah beli apa-apa ye.
Ini salah satu gerai di ruangan basah yang menjual pelbagai makanan halal. Di ruangan ini sahaja kelihatan jauh dari ruangan bercampur halal dan tidak halal. Kiri, kanan, depan dan belakang gerai ini kesemuanya halal jadinya, pergi lah ke kawasan ini jika ingin mencari sesuatu untuk makan dan minum.
DN semasa berada di Naka Market ini berminat dengan aiskrim yang memang viral di Thailand ketika itu. Orang tengah viralkan aiskrim ini jadinya DN pun cuba lah.
DN memilih strawberry dan pisang. Memang mereka gunakan buah strawberry dan pisang untuk dijadikan aiskrim ini. Bukan sahaja di Phuket ada aiskrim ini, sekarang di Malaysia juga sudah ada aiskrim ini kalau tidak silap DN.
Rasanya memang lemak manis macam makan yogurt beku. Sedap... Selain daripada aiskrim ini, tidak banyak yang DN beli di Phuket Weekend Market. DN hanya mencari apa yang DN mahukan sahaja iaitu :-
Passport Cover
Kerabu Kaki Ayam
Itu sahaja yang DN beli di Phuket Weekend Market ini. Owh, ada lagi tetapi tiada di dalam gambar. Fridge Magnet Phuket dan DVD. Lain-lain biasa sahaja bagi DN tetapi barang di sini boleh lah dikatakan murah. Walaupun murah, tetap tidak berjaya menggoda duit DN sebabnya kualiti kena tolak tepi dan DN boleh dapat lebih murah di tempat lain. Heee....
Itu sahaja perkongsian DN untuk kali ini. Ada lagi ke entry DN di Phuket ye? Hmmm.... Satu je lagi. Sabar ye... ^_^
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom