Assalamualaikum...
Selepas menggelapkan diri dengan bersantai melihat keindahan Phi Phi Island, keesokannya DN pergi ke Phuket Trickeye Museum. Kepada mereka yang pergi ke Phuket, pergi lah ke Phuket Trickeye Museum ini. Nak kata best sangat, hampir 2 jam juga DN dalam museum ini.
Maklumat Phuket Trickeye Museum adalah seperti berikut :-
130/1, Phangnga Road,
Taladyai, Muang,
Phuket 83000 Thailand
Waktu Operasi : 10.00am - 7.00pm setiap hari
(waktu masuk terakhir jam 6.00pm)
Harga tiket : 500Bath (dewasa), 300Bath (kanak-kanak)
Facebook : Phuket Trickeye Museum
Email : info@phukettrickeyemuseum.com
Entry kali ini memang gambar DN sahaja yang banyak. Sila abaikan muka DN yang gelap itu ye. Maklum la, baru lepas berjemur. Heee....
Amacam? Jadi tak 3D yang ada di sini? Seronok juga kan bila dapat buat aktiviti sebegini sekali sekala. Kebetulan semasa DN pergi ke Phuket Trickeye Museum ini tidak ramai orang. Mungkin sebab hari biasa jadi DN boleh bergambar dengan semua gambar yang ada di dalam ini. Tetapi DN tidak lah kongsikan semuanya di sini. Sikit-sikit sudah lah ye. Heee...
So, siapa yang nak pergi Phuket tu, jika ada masa terluang pergi lah ke sini ye. Orang dewasa pun akan jadi kanak-kanak riang bila sudah di dalam ini. Budak-budak lagi lah suka. Jadinya, bawa lah anak-anak anda ke sini. :)
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom