Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Movie Review : Kelibat

$
0
0
 
Latar Belakang Filem

Kelibat merupakan filem ke 97 terbitan MIG di bawah arahan pengarah Hashim Rejab. Filem bergenre seram ini mengetengahkan elemen yang sering menghantui dan menjadi igauan manusia iaitu kelibat. Kelibat menggabungkan pelakon berpengalaman Fauzi Nawawi, Elly Suriaty dan Ruminah Sidek dan pelakon baru yang sedang meningkat naik iaitu Atikah Suhaime, Niezam Zaidi, Shima Anuar dan Fadlan Hazim. Kemunculan pelakon cilik berbakat, adik Nur Qistina menambahkan lagi unsur suspen dalam filem Kelibat ini. Lokasi utama pembikinan filem Kelibat ini adalah di kawasan Hulu Langat.
Sinopsis

Kelibat mengisahkan tentang sebuah keluarga, Kamal (Fauzi Nawawi), Kalin (Elly Suriaty) dan tiga orang anak mereka, Azahari (Niezam Zaidi), Azalia (Atikah Suhaime) dan Azmira (Nur Qistina) terpaksa berpindah dari rumah mereka. Ini kerana Kamal telah jatuh muflis menyebabkan rumah banglo mereka dilelong dan asetnya dibekukan. Lebih parah lagi apabila Kamal terikat dengan pinjaman ah long yang membuatkan Kamal tekad membawa keluarga mereka jauh dari kota. Kamal telah menyewa sebuah resort tidak berpenghuni yang dijaga oleh Ruminah Sidek (Mak Mah) dan cucunya Linda (Shima Anuar). Kamal tidak memberitahu dan berbincang dengan isteri dan anak-anaknya tentang perpindahan ini menyebabkan mereka memberontak. Lebih parah lagi apabila mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka sudah jatuh miskin.

Apa kesudahan kehidupan keluarga ini? Dapatkah Kamal menenangkan keluarga mereka daripada terus memberontak atau sebaliknya? Apakah tindakan Kamal selanjutnya untuk menyelamatkan keluarga mereka? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem Kelibat yang sudah di pawagam bermula 6 November 2014.
Komen Penulis

Filem ini sepatutnya mudah untuk difahami seperti ringkasnya tajuk filem ini, Kelibat. Malangnya filem ini agak berat sehingga terpaksa membuat penonton berfikir dan membuat andaian sendiri sehingga akhirnya penonton sukar untuk memahami jalan cerita yang cuba disampaikan. Penggabungan scene antara semasa mereka hidup dan mati juga tidak jelas dan mengelirukan penonton. Walaubagaimanapun, watak yang dibawa oleh pelakon muda yang sedang meningkat naik ini harus dipuji kerana mereka berjaya membawa watak anak yang sangat menyakitkan hati. Terasa tercabarnya diri ini jika menjadi ibu bapa kepada mereka berdua. Begitu juga pelakon cilik, beliau berjaya menaikkan unsur seram dalam filem ini. DN berikan 2/5 untuk filem Kelibat ini.

Trailer
Will update soon

Koleksi Gambar

Saksikan Kelibat di pawagam berhampiran bermula 6 November 2014 ini.

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles