Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Makanan Halal di Adelaide South Australia

$
0
0
Sejujurnya, tidak susah pun untuk mendapatkan makanan halal di Adelaide, South Australia ini. Sebab itu DN tidak membawa sebarang makanan dari Malaysia semasa ke sini. Berdepan Rockford Adelaide tempat DN menginap sudah ada restoran makanan halal. Bukan itu sahaja, sepanjang Hindley Street yang terletak di Adelaide City ini memang terlalu mudah untuk mendapatkan makanan halal. Oleh itu, sangat disarankan untuk mencari hotel di sekitar Hindley Street. Itulah antara nasihat sahabat blogger DN, Kisah Tatie. Antara restoran yang sempat DN tangkap gambar semasa DN berjalan di sepanjang Hindley Street adalah seperti berikut :-

1. Mekong Thai Restaurant

Terletak di sepanjang Hindley Street dan berhampiran dengan Hotel Grand Chancellor. Kalau rasa teringin hendak makan daging kangaroo, boleh cuba di restoran ini.
 2. Afghan Charcoal Kebab House

Restoran ini juga terletak di Hindley Street dan berdepan dengan Mekong Thai Restaurant. Ia terletak betul-betul di sebelah Hotel Grand Chancellor.


3. New India Restaurant

Restoran ini juga terletak di Hindley Street tetapi kedudukannya agak jauh dari kedua-dua restoran di atas. Walaubagaimanapun, ia terletak di seberang jalan hotel tempat DN menginap, Rockford Adelaide.



4. Nando's

Nando's di sini halal dan terdapat banyak Nando's selain dari di Hindley Street. Jika ke Glenelg Beach Adelaide, South Australia, tidak jauh dari perhentian terakhir tram Stop 17 Moseley Square juga terdapat Nando's. Walaubagaimanapun, DN memilih untuk merasa Nando's di Hindley Street.



5. Barokah Restaurant

Ini kerana semasa di Glenelg Beach Adelaide, South Australia, DN memilih untuk makan di Barokah Restaurant. Makan tengah hari dengan Australian Pizza. Malamnya, DN ambil tram dari Rockford Adelaide dan kembali ke Glenelg Beach Adelaide, South Australia untuk makan malam pula.

6. Organic Pizza

Selain itu, tidak jauh dari Barokah Restaurant terdapat Organic Pizza. Tidak dinyatakan sama ada halal atau tidak tetapi restoran ini memang menyediakan makanan daripada organik dan sesuai untuk vegetarian.

7. Asian Fresh

Jika singgah shopping di Harbour Town Adelaide, tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan halal kerana Asian Fresh menyediakan pelbagai jenis makanan nasi campur. Sedap pula tu nasi campur di sini. Macam dekat Malaysia juga rasanya. Heee...
8. Restaurant Yiros

Jika tidak mahu makan nasi campur, boleh juga makan kebab dan lain-lain makanan arab di Restaurant Yiros ini. Terletak betul-betul bersebelahan dengan Asian Fresh di Harbour Town Adelaide.

Inilah sebahagian daripada restoran makanan halal yang sempat DN jejaki di Adelaide ini. Terdapat banyak lagi sebenarnya terutama di Rundle Mall. Entah kenapa sepanjang di Rundle Mall DN lebih berminat untuk mencuba pelbagai jenis kopi yang terdapat di sini. Maklum sahaja, kopi di sini tiada di tempat lain jadi tidak salah untuk mencubanya.

Tidak susah kan untuk mendapatkan makanan halal di Adelaide. Oleh itu, rancang lah percutian anda ke Adelaide ye. Heee.... Jumpa lagi nanti dan doakan keselamatan DN di perantauan ye. :)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles