Perempuan dan shopping sangat serasi kan. Siapa yang tidak setuju dengan DN sila tekan pangkah dan baca blog orang lain ye. Keh3! Menghalau nampak. Heee... Jangan lah macam tu. Tak baik tau. Nak duduk lama-lama dekat teratak usang ini sangat-sangat dialu-alukan. Sampai pagi pun tidak apa. Hee...
Kenapa DN kata begitu? Sebabnya setiap kali ke mana-mana semestinya aktiviti shopping tidak pernah tiada di dalam list. Begitulah juga DN semasa ke Adelaide haritu. DN ada pergi ke beberapa tempat untuk shopping. Ke mana? Jom baca perkongsian DN ini. Boleh jadi panduan bila kalian berpeluang menjejakkan kaki ke Adelaide ini.
1. RUNDLE MALL
Rundle Mall yang terletak di Adelaide City merupakan pusat membeli-belah utama disini. Pelbagai barangan dan cenderahati boleh didapati di sini. DN sempat masuk ke beberapa shopping kompleks di Rundle Mall ini. Terlalu banyak shopping kompleks di sini sehingga DN tidak mampu mengiranya dengan mata kasar DN. Ia terletak bersebelahan antara satu sama lain. DN akui tidak mampu untuk masuk ke semua shopping mall yang ada di Rundle Mall ini maka DN masuk mengikut ke mana kaki DN melangkah sahaja.

Di kawasan Glenelg Beach juga terdapat deretan kedai yang boleh disinggahi untuk membeli-belah. DN ada juga memasuki beberapa kedai dan membandingkan harga cenderahati yang ada di sini. Ternyata harganya lebih mahal dari Rundle Mall. Walaupun begitu, tetap ada kedai-kedai yang menawarkan harga yang berpatutan terutama sekali pakaian perempuan.
3. HAIGH'S CHOCOLATE
Haigh's Chocolate merupakan coklat yang sangat terkenal di Australia. DN berpeluang membuat lawatan ke kilang pembuatan coklat ini dan melihat sendiri bagaimana coklat ini dibuat. Malangnya DN tidak dibenarkan mengambil gambar tetapi jika ingin membeli coklat, di sini harganya lebih murah berbanding dengan Haigh's Chocolate yang berada di Rundle Mall dan tempat-tempat lain. Lain-lain gambar semasa DN di kilang Haigh's Chocolate ini boleh dilihat di bawah.

Jika ingin membuat lawatan ke Haigh's Chocolate ini, perlu membuat tempahan dahulu. Ini disebabkan setiap lawatan mempunyai bilangan pelawat yang ditetapkan. Dapat lah merasa coklat percuma di sini. Kalau sedap, boleh beli. Heee....
Harbour Town ini terletak tidak jauh dari Adelaide Airport. Ia menjual pelbagai barangan berjenama dengan harga yang berpatutan (diskaun). Lebih kurang macam Johor Premium Outlet (JPO) di Malaysia. Sejujurnya jika tanya DN, JPO lebih banyak barang berjenama yang lebih kita kenali berbanding di Harbour Town ini. Tetapi tetap boleh pergi ke sini jika ingin shopping kerana harganya memang lebih berpatutan berbanding di Rundle Mall. Gambar suasana di Harbour Town yang sempat DN ambil boleh dilihat di bawah ini.
Sepanjang DN di Adelaide, hanya empat tempat ini yang berjaya DN pergi. Jangan risau, public transport sangat mudah dan efisien untuk ke tempat-tempat ini. Nak tahu lebih lanjut bagaimana untuk ke tempat-tempat di atas, boleh ke Adelaidemetro. Jika ada yang pernah ke Adelaide dan mengetahui tempat shopping lain yang ada di sini, sudi-sudilah komen di bawah. Kalau ada masa, DN update di sini. Thanks and love you all... :)
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom