Selamat tinggal Oktober. Terasa masa berlalu begitu pantas tanpa disedari. DN juga menyedari bulan lepas masa blogwalking DN juga agak terbatas. Minta maaf kepada sahabat-sahabat yang DN belum sempat untuk meninggalkan jejak di blog mereka. DN akan cuba melakukannya di bulan ini. Terima kasih kerana tidak jemu untuk terus meninggalkan jejak di teratak usang ini. DN hargai sangat-sangat masa dan sokongan yang kalian semua berikan selama DN berblog ini.
Oleh itu, dengan ini DN ingin menyenaraikan 5 pengomen tegar blog ini bagi bulan Oktober 2014. Mereka adalah :-
1. Uncle Zuan
2. Afasz
3. Ezad Skytech
5. Kid
Whooaaaa! Tinggal 2 bulan sahaja lagi sebelum DN menutup tirai 2014 ini dengan senarai siapakah yang bakal terpilih untuk makan malam bersama DN. Agak-agaknya siapa ye? Heee.... Sempat lagi untuk melayakkan diri. Mana tahu rezeki anda kan.
Apa perancangan November kalian? Kalau tanya DN.... Hmmm... Biasa sahaja. Sibuk dengan kerja dan ada perancangan untuk travel bulan ini sebelum cuti sekolah bermula. Kemana? Nanti DN kongsikan disini.
Apapun, selamat merehatkan diri dan selamat berhujung minggu kepada semua pembaca setia di sini. #muahciked ^_^
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom