Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Soga Restaurant & Lounge, Solo City, Indonesia

$
0
0
 Apabila menjejakkan kaki di mana-mana, paasti tempat makan yang dicari. Kali ini DN ingin kongsikan tempat makan yang DN kunjungi semasa di Solo City (Surakarta), Indonesia. Nama restoran ini adalah Soga Restaurant & Lounge.
Soga Restaurant & Lounge ini terletak bersebelahan dengan Toko Batik Danar Hadi. Jika menginap di Hotel Ibis Solo, hanya perlu menyeberangi Jalan Slamet Riyadi dan berjalan kaki sekitar 5 minit, akhirnya sampai ke restoran ini.
 
Soga Restaurant & Lounge ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam. Maklumat restoran ini adalah seperti berikut :-

Soga Restaurant & Lounge
Jl. Slamet Riyadi 261,
Surakarta 57141,
Central Java - Indonesia
No. Tel. : 0271-727020 / 722084
Fax : 0271-722042
Email : soga_resto@yahoo.com
Beginilah suasana di dalam Soga Restaurant & Lounge ini. Tempat makan yang ekslusif dengan dekorasi yang tampak mewah memang membuatkan siapa sahaja yang datang ke sini selesa dengan suasana dan tempatnya. DN sudah banyak kali datang ke Soga Restaurant & Lounge ini.
Semasa DN ke Solo City bersama mama pun DN bawa beliau ke sini. Boleh pula berjumpa dengan rakan dari Malaysia yang berada dalam satu flight dan duduk di hotel yang sama. Beliau pertama kali ke Solo City dan travel solo ke sini jadi DN mengajak beliau makan sekali. Ini kerana Soga Restaurant & Lounge menawarkan pelbagai jenis makanan dari masakan jawa, masakan asli tempatan dan juga western. Jadi apa yang DN makan semasa di Soga Restaurant & Lounge?
Bihun goreng catur karsa 24,000IDR
Es Jeruk Cincau 19,000IDR

Kreasi Solo Raya 27,000IDR

Poffertjes Kupu Taring 19,000IDR

Banyak lagi makanan yang nama pelik-pelik di sini. DN belum lagi rasa semuanya tetapi DN boleh katakan masakan di sini sedap-sedap belaka. Tidak sabar rasanya untuk ke Solo City lagi. Boleh terjah Soga Restaurant & Lounge. Hee...

Ok lah. Nak bersiap-siap balik kerja. Esok nak travel lagi. Kalau sempat DN update ye... :)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles