Siapa yang tidak kenal dengan Dip n Dip ini kan. Kebanyakan makanan yang ditawarkan berasaskan coklat dan pastinya coklat dan wanita tidak dapat dipisahkan. Dahulu ianya hanya di Bangsar dan DN tidak pernah ke Dip n Dip Bangsar lagi sehingga ke hari ini. Selepas Dip n Dip dibuka di The Curve Damansara, lebih 3 kali DN sudah ke sini. Maklum sahaja, dekat dengan rumah. Heee...
Melihatkan pengunjung yang sentiasa ramai ke sini, rasanya kini bukan sahaja wanita yang gemarkan coklat, lelaki juga sudah mula sukakannya. Tetapi tetap wanita mendominasi sesuatu yang manis seperti coklat ini. Terbukti di gambar di atas, pengunjung yang ramai adalah wanita berbanding lelaki. Lelaki lebih berminat dengan handphone dari melihat buku menu. Iye ke? Hmmmm.... Let the picture tell the truth. :p
Baru sahaja dapat buku menu, DN sudah tersenyum lebar. Itu belum lagi merasa menu-menu di sini yang serba-serbi berasaskan coklat. Sejujurnya, menu yang berasaskan coklat memang sedap di sini tetapi selain dari coklat seperti coffee atau tea lebih baik dapatkan di The Coffee Beans & Tea Leafs atau kedai-kedai yang pakar dengan coffee. Cuma jika anda bukan penggemar coklat, kongsi sahaja dengan rakan anda kerana coklat ini boleh mengenyangkan dan kadang kala muak apabila makan coklat dengan terlalu banyak.
Jadi, apa makanan yang pernah DN makan di Dip n Dip ini? Jom DN kongsikan dengan semua. Maaf jika ada yang terliur selepas melihat gambar-gambar ini nanti. Kalau nak ke Dip n Dip, jangan lupa ajak DN ye... ^_^
Dari kiri :-
Vanilla Milk Shake RM14.00
Italian Soda RM9.00
Strawberry Milk Shake RM14.00
Profiterole RM23.00
Tripple Chocolate Crepe RM17.00
Brownies Crepe RM28.50
Persembahan istimewa dapat disaksikan jika memilih menu ini. Tergamam juga bila pertama kali melihat persembahan sebegini. Kami juga dapat merakan video semasa brother ini mempersembahkan silat menuang coklat di atas Fettuccini Crepe ini. Silat ke? Hehehe...
Hasilnya... Fettuccine Crepe RM29.00
DN pernah juga order Dip n Dip Crepe dan berkongsi dengan Faris. Faris ini suka makan buah jadinya buah-buahan yang dipenuhi coklat ini menjadi kegemarannya. Harga Dip n Dip Crepe ini RM44.50.

Maklumat Dip n Dip The Curve adalah seperti berikut :-
No. 1B-2, First Floor (link to e@Curve)
The Curve Mall, Damansara
Phone:
+603-7733 4442

Operating Hour : 11:30 AM - 11:00 PM (Mon. to Sun.)
Facebook : Dip n Dip
Website : http://www.dipndip.ca/
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom