Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Glow by Zinc Hotel Penang

$
0
0
 
Hotel kali ini DN pergi adalah Glow by Zinc Hotel. DN ke sini secara tidak sengaja sebenarnya. Last minute baru nak cari hotel yang berdekatan dengan TNB Penang. Call beberapa hotel berhampiran semuanya penuh. Kebetulan lalu depan Glow by Zinc Hotel jadi DN call dahulu sebelum masuk ke hotel ini sebab takut penuh juga. Alhamdulillah, ada kekosongan bilik di Glow by Zinc Hotel ini.
Lokasi memang tidak jauh dari TNB Penang. 5 minit drive dah sampai. Memang itu yang DN mahukan. Tempat parking di depan Glow by Zinc Hotel penuh jadi DN park kereta di belakang hotel. Lepas park kereta, check-in sekejap dan sampailah DN di bilik Superior Room yang berharga RM189.57 per night.
Biliknya tidak lah besar mana tetapi tetap selesa dan kemas. Warna-warna bilik ini menceriakan suasana dan memberi ketenangan kepada mereka yang menginap di bilik ini. Bilik ini tidak bercarpet tetapi tersedia dengan carpet di hujung katil. Kanan kiri katil tersedia build-in meja untuk meletakkan barang. Pencahayaan bilik sangat memuaskan.
Berdepan dengan katil tergantung LCD TV dan rak kecil. Simple sahaja dan tidak serabut kan. DN suka keadaan bilik seperti ini. Channel TV yang disediakan juga banyak termasuk channel Astro.
Di sudut tepi katil tersedia almari pakaian, meja solek dengan pantry, peti ais mini, peti keselamatan dan selipar. Lantai tidak berkarpet tidak apa, yang penting ada selipar. Bagi DN serba serbi kemudahan yang perlu ada di dalam hotel ada di sini. DN selesa berada di sini.
Apabila menjengah ke dalam bilik air yang tidak berapa luas ini, susun atur di dalam bilik air ini kemas dan teratur. Shower dipisahkan dengan cermin tetapi disebabkan tiada pintu, air terpercik keluar apabila mandi. Mujur ada tuala kaki disediakan jadi tidaklah basah sangat di depan basin.
Di ruang basin ini juga sangat simple tetapi ceria dengan bekas pelbagai warna yang glowing. Shampoo, shower gel & hand soap botol besar ini tidak boleh dibawa balik. Hanya untuk kegunaan di hotel ini sahaja. Hair dryer turut disediakan. Memang lengkap keperluan di dalam bilik mandi ini.



Walaupun begitu, di sekeliling hotel ini banyak kedai makan Cina sahaja. Ada lah terselit Nasi Kandar Pelita 5 minit jalan kaki dari Glow by Zinc Hotel. Itu pun perlu seberang jalan. Jadi nak taknak kenalah ambil kereta dan drive jauh sedikit ke tempat lain. Tapi tidak tahu pula kalau ada kedai makan berhampiran yang halal untuk dimakan. Tak mampu nak jalan jauh-jauh untuk survey lagi-lagi seorang diri. Huhu... Kalau ada peluang menginap di sini lagi DN survey ke jalan lain pula.

Maklumat Glow by Zinc Hotel adalah seperti berikut :-

Glow by Zinc Hotel
101 Jalan Macalister, Georgetown
10400 Penang, Malaysia 
Tel: +60 4 226 0084 
Fax: +60 4 226 8155 Website : http://www.zinchospitality.com

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom



Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles