Sempena bulan Ramadhan yang bakal berakhir tidak lama lagi pada tahun ini, DN dengan rendah diri dan ikhlas hati ingin memohon maaf andai ada terkasar bahasa, terguris perasaan siapa sahaja secara sengaja ataupun tidak sengaja. DN hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Walaupun begitu, DN akan cuba untuk memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang. InsyaAllah. Doakan DN....
Jika ada antara mereka yang pernah melukakan dan mengguris perasaan DN selama ini, DN sudah maafkan. Kalian juga manusia biasa. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Semoga kita sama-sama diberi hati yang ikhlas untuk saling maaf-memaafi.
Bersederhanalah menyambut Idulfitri nanti. Ingatlah saudara-saudara kita yang berjuang demi agama Islam tercinta di sana. Dalam kita bergembira di sini, panjatkan doa buat mereka supaya terus tabah dan kuat untuk mempertahankan diri mereka.
Pray for Gaza...
Pray for MH370...
Pray for MH17...
Al-fatihah....
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom