Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Kad Raya & Sampul Duit Raya

$
0
0
25 Ramadhan 1435H, satu-satunya kad raya yang DN terima tahun ini. Daripada klien yang tiap-tiap tahun tidak pernah lupa untuk mengirimkan DN kad raya. DN memang tidak pernah bagi kad raya pada beliau apatah lagi hamper atau duit raya. Tetapi beliau tetap setia mengirimkan kad raya buat DN. Terharu sangat. Terima kasih banyak-banyak. Nanti DN hantar mesej Selamat Hari Raya ye. Hee...

Memang budaya menghantar kad raya semakin kurang. Bila lihat status kawan-kawan yang mengirimkan kad raya tetapi lewat sampai ke destinasi, lagi lah semangat untuk mengirimkan kad raya tiada. Mesej lagi laju kan. Hihihi... Harap ada lagi yang sudi bagi kad raya pada DN selepas ini walaupun Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Sobsob....
Apapun tahun ini DN ada menyiapkan sampul duit raya untuk diberikan kepada rakan-rakan semua. Terhad 1000 keping sahaja dan mereka yang sudah menerima sampul duit raya ini, kalian antara yang bertuah. Siapa yang hendakkan sampul ini, rajin-rajinlah jumpa DN ye. Hee... Ini sahaja yang mampu DN berikan dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. InsyaAllah jika diberi peluang dan rezeki, DN akan buat lagi tahun-tahun berikutnya. Duit raya letak sendiri ye. Lepas tu DN nak duit raya tau. Hihihi...

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles