Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Aidilfitri 2014 bersama Keluarga dan Sanak Saudara

$
0
0
Bulan lepas sentiasa bercerita tentang puasa sahaja, kini tiba untuk bercerita tentang raya. Bagaimana dengan Hari Raya kalian semua? Moga semuanya baik-baik sahaja. Raya DN biasa sahaja dan DN bersyukur sangat kerana pada tahun ini kami semua masih diizinkanNya untuk beraya bersama keluarga. Ada Abah, Mama, Abang dan adik-adik tercinta.
Tema tahun ini adalah peach so semua orang sedondon warna yang sama. Siapa lagi kalau bukan kerja DN yang siapkan semua orang dengan pakaian yang sama. Mereka melayan sahaja karenah DN ini. Hihihi....
 
 Selesai solat Hari Raya, kami mempersiapkan diri masing-masing memakai pakaian yang sedondon dan bersalaman memohon kemaafan bersama keluarga. Selesai sarapan pagi ketupat, ketupat palas dan lauk kegemaran kami, semur (dalam bahasa Jawa, lauk ini ala-ala ayam masak kicap) kami bersiap-siap untuk balik kampung di Sekinchan, Selangor. Jalan menghala ke sana sangat jam maka kami lalu jalan dalam. Lebih kurang 2 jam kami sudah tiba di kampung halaman.
 Gambar-gambar di atas adalah gambar-gambar kami sekeluarga bersama saudara-mara yang sempat kami semadikan gambar mereka. Pelbagai ragam dan karenah terserlah apabila dapat berkumpul bersama. 8 buah rumah saudara mara berjaya kami pergi setakat ini. InsyaAllah kami akan datang ke rumah saudara-mara yang lain kelak.
 Dalam  usia mencecah 30-an, masih ada yang sudi memberikan duit raya kepada DN. Alhamdulillah... Orang sudah memberi, kita terima sahaja. Tidak elok menolak rezeki. Hihihi... Semoga mereka semua dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Buang segala sengketa lama, saling bermaafan sesama kita, semoga hati kita terus terpelihara daripada hasad dengki dan buruk sangka. InsyaAllah...

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin....

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles