Halo3! I'm back! Hee... Hampir seminggu DN menyepikan diri, hari ini DN muncul kembali. Memang ada niat nak buat schedule post tapi masa tidak mengizinkan. Jadi terpaksa DN membiarkan teratak DN sepi tanpa khabar berita. Terima kasih jika ada yang sudi menjenguk dan mengintai teratak DN sepanjang ketiadaan DN.
2012 sudah hampir ke penghujungnya. Walaupun begitu, sangat tidak disangka Nuffnang masih sudi memberikan BE untuk DN. Ini merupakan BE ke-17 untuk DN tahun ini. Adakah ini merupakan BE terakhir untuk tahun ini? Tidak kisah lah kan. Terima kasih DN ucapkan kepada Nuffnang kerana tidak melupakan teratak picisan ini.
DN sudah kembali, jadi nantikan ceritera DN dengan percutian DN bersama keluarga ke Hatyai dan Songkhla. Macam biasa, akan terdapat banyak siri ceritera DN. Jangan jemu untuk membaca perkongsian DN nanti. Stay tuned! ^_^