Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Grand Bluewave Hotel Johor Bahru

$
0
0
Sebelum DN berkongsi pengalaman DN ke Hatyai dan Songkhla, izinkan DN untuk bercerita entry tertangguh pengalaman DN di Grand Bluewave Hotel Johor Bahru. Pertama kali DN menginap di hotel ini, DN telah ditempatkan di Executive Suite. Nak tengok bilik DN menginap haritu? Jom DN berkongsi gambar dengan kalian...


Buka je pintu bilik, inilah pemandangan pertama yang DN nampak. Dining room. Ada meja makan siap dengan microwave dan laluan ke ruang tamu.


 Berdepan dengan meja makan, iaitu sebelah pintu masuk terdapat ruang untuk memasak. Kitchen hood pun ada tu.


Pergi ke ruang tamu, terdapat pintu masuk untuk menuju ke bilik. Sebelum ke bilik, tangkap gambar area ruang tamu dahulu.


Ruang tamu yang selesa dengan sofa dan lampu di kiri kanannya.


Berdepan dengan sofa terdapat almari yang menempatkan sebuah TV di dalamnya dan meja untuk membuat kerja. Nak tengok TV kena buka almari. Hihi.... Klasik! Selesai di ruang tamu, kita jenguk ke bilik pula.


Katil yang empuk tetapi bantal cuma satu sahaja? Hmmm.... Bagi lah dua untuk setiap katil. Baru lah selesa nak tidur. Hee...


Berhadapan dengan katil pula terdapat almari pakaian, TV dan meja solek. Meja solek ini tiada cermin ye.


Sebab cermin panjang disediakan di sudut yang lain bersebelahan dengan pintu masuk ke bilik. Jom kita masuk ke pintu sebelah kiri itu pula.


Pintu tersebut menuju ke toilet. Begini lah suasana di dalam toilet. Memang selesa tetapi DN tak jumpa di mana hair dryer. Kata ada. Hmmm....

Amacam? Best tak bilik hotel ini? Harga bilik Executive Suites di Grand Bluewave Hotel Johor Bahru ini adalah RM278.40 per room per night termasuk tax. Bagi DN harga tersebut sangat berpatutan untuk bilik sebesar ini dan sangat selesai jika datang berdua.

Berminat untuk menginap di bilik hotel ini, boleh ke website Grand Bluewave Hotel Johor Bahru atau hubungi mereka untuk book di 07-2216666.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles