Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Uncle 'K' Kopitiam di SACC Mall

$
0
0

Maaf, azam bulan Disember baru ingat nak update di sini setiap hari. Malangnya, kekangan waktu menyebabkan sukar untuk DN membebel di sini selalu. Huhuu... Ada yang kisah ke? Tak kan... Sebelum DN bercuti panjang, DN nak berkongsi dengan kalian aktiviti cuti sekolah DN bersama adik-adik DN...


Aktiviti yang kami suka semestinya jalan-jalan cari makan. Oleh itu, DN dan adik-adik bujang DN pergi ke Uncle 'K' Kopitiam yang bertempat di SACC Mall Shah Alam untuk lunch. Jadi, apa yang kami makan di sini?


Adik DN telah memilih Cantonese Kway Teow RM7.50. Masa kat rumah kata lapar, dah sampai sini makan ini sahaja? Hmmm... Tak kisah lah. Asalkan nak makan kan.


Adik DN yang seorang lagi ini memang berselera western selalu. Jadi beliau memilik Chicken Chop RM15.80. Punyalah berselera mereka berdua makan sampai DN nak rasa makanan mereka pun tak sempat. Huh..


DN pula berselera kampung pada hari itu. DN telah memilih Nasi Goreng Ikan Tenggiri RM12.80. Rasa biasa sahaja, macam makan nasi goreng biasa. Bezanya nasi goreng biasa letak ayam kan, tapi ini letak ikan tenggiri. DN tak habis makan, jadi adik DN tolong habiskan. Hee...


Minuman pula masing-masing memilih air yang berbeza-beza. Dari kiri "UK" Golden Shake RM8.80, Limau + Asam Boi RM7.80 dan Vanilla Float RM5.80. So far,  makanan di sini ok sahaja. Boleh nak makan di sini jika masing-masing mempunyai selera yang pelbagai macam kami ini. 

Done update di sini. DN tidak dapat meng'update' untuk beberapa hari tau sebab DN akan bercuti bersama keluarga tercinta. Kembali dari bercuti DN bercerita pengalaman DN bercuti nanti ye. Doakan keselamatan DN sekeluarga tau. Tunggu DN balik ye. Daaa! :-)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles