Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Konsultan... Apakah semua ini?

$
0
0
Penat nak melayan karenah manusia yang pelbagai ragam ini. Sudah diberi peluang melakukan kerja tersebut, tetap tidak mahu membuktikan yang anda boleh membuat kerja dengan baik. Walaupun anda baik dengan klien, tidak semestinya anda boleh buat kerja ikut suka hati anda. Boleh membelakangkan prosedur yang telah ditetapkan. Boleh dilayan terlalu istimewa tanpa mengikuti apa yang sepatutnya anda lakukan. Lepas itu konsultan kena setuju sahaja apa yang anda lakukan. Apa ini? 

Untuk apa ada konsultan tetapi tidak mahu ikut dan menepati apa yang diberi. Prosedur sudah ditetapkan begini dan begini tetapi diri sendiri tidak mengikuti prosedur yang telah ditetapkan tersebut. Bila konsultan tidak setuju, terus ke klien dan membelakangkan konsultan. Klien sendiri tidak firm dengan prosedur yang telah ditetapkan. Hanya disebabkan perlu melayan keistimewaan anda. Apa ini?

Iye, duit memang penting untuk membuat kerja tetapi jika konsultan diletak tepi hanya untuk mendapatkan duit dari klien, buat apa konsultan perlu certified semua kerja-kerja anda? Walaupun prosedur tidak diikuti, layakkah anda menerima duit anda? Lepas itu, bila ada apa-apa masalah, konsultan disalahkan. Apa ini?

Konsultan selalu ditekankan dengan etika kerja. Tetapi bagaimana hendak mengikuti etika kerja jika perlu menuruti kehendak klien dan juga perlu dipaksa melayan karenah anda yang macam-macam ragam ini? Salahkah konsultan untuk mengarah anda menepati apa yang sepatutnya? Salahkan konsultan untuk menolak kerja-kerja anda yang entah apa-apa itu? Salahkah konsultan untuk memastikan kerja-kerja dilakukan dengan betul dan baik?Kenapa segala kerja konsultan dipertikaikan untuk memuaskan hati semua pihak dengan melanggar etika kerja? Kenapa semua ini berlaku?

Inilah duniawi sekarang. Kadang rasa professionalisme diri tergugat tetapi selagi mampu, etika kerja akan tetap dikekalkan. Pedulikan semua ini jika rasa apa yang dilakukan betul. Kerana jika berlaku sebarang masalah di kemudian hari, diri sendiri akan disalahkan. Belajar dari apa yang berlaku di sekeliling supaya dapat mengurangkan sebarang masalah di kemudian hari.

Setiap orang mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing. Konsultan juga mempunyai peranan dan diberi tanggungjawab. Oleh itu, amanah yang dipertanggungjawabkan kepada konsultan perlu dilakukan dengan baik jika professionalisme sebagai konsultan tidak mahu dipertikaikan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles