DN terlalu sibuk minggu ini sehingga terabai seketika coretan DN disini. Kesibukan ini menyebabkan DN perlu balik bekerja jam12.30 pagi dan DN sudah 2 malam tidak tidur. Pukul 5 pagi dah perlu bersiap untuk pergi meeting. Huuu... Tidak sihat kan aktiviti ini tetapi DN tetap suka dengan kerja yang DN lakukan.
Walaubagaimanapun, DN sangat bertuah dapat mengenali Bro Framestone. Dalam pada DN sibuk, beliau sudi melakukan semua ini untuk DN.
Inilah apa yang Bro lakukan di facebook beliau. Terkejut juga DN tetapi DN sangat berterima kasih atas kesudian beliau mempromosikan page DN.
Bukan setakat di FB, di instagram pun sama. Terima kasih Bro Framestone atas keprihatinan dan pertolongan serta kesudian Bro untuk membantu DN selama ini. DN sangat menghargainya. Malam ini pasti DN akan ke Curve jika tiada halangan. Jumpa malam ini!
Sudi like page DN? Cari Deqnoor dot com di FB ye. Hehe...