Sepanjang di Bali, DN telah menginap di The Royal Bali Beach Club yang terletak di Jimbaran Bay. Hotel ini berada di tepi jalan utama, Jalan Uluwatu, Jimbaran, Bali, Indonesia dan berhadapan dengan Hotel Continental. Maknanya, ia tidak betul-betul mengadap pantai kerana Hotel Continental yang mengadap pantai. Perjalanan dari airport ke hotel ini hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja.
Walaupun begitu, hotel ini sangat selesa kerana kelihatan seperti villa. Oleh itu, tidak pasti sesuai dinyatakan sebagai hotel atau villa. Kecil sahaja tempat ini (15 buah bilik) tetap dijaga dengan rapi dan kemas. Bersebelahan dengan hotel ini terdapat K Spa yang dibuka dari jam 9 pagi sehingga 9 malam. Jom kita jenguk ke bilik tempat DN menginap pula.
Buka sahaja pintu bilik sudah ternampak sofa yang panjang dan selesa ini. Berhadapan dengan ruang tamu, terdapat kitchen kabinet yang tersedia dengan kettle, microwave, coffee maker, sinki dan tempat letak pisau. Bila buka setiap almari, tersedia semua pinggan mangkuk, sudu, gelas, cawan dan peti ais kecil. Bersebelahan dengan kitchen kabinet ini terdapat pintu masuk utama, peti ais (peti ais lagi?) bekas air, cermin dan TV. Pendek kata, lengkap semuanya.
Berhadapan dengan tempat TV kelihatan meja makan bulat. Betul-betul berhadapan dengan sliding door menuju ke luar. Sebelum kita menjenguk ke luar, ayuh DN bawa melihat bilik dahulu. Wow! Tinggi sungguh katil di bilik ini kan.
Memang sangat selesa dan empuk katil ini. DN suka! Berhadapan dengan katil terdapat almari kayu yang tersedia dengan peti simpanan keselamatan, iron dan iron board di dalamnya. Nampak pintu itu? Itu adalah pintu menuju ke bilik mandi. Jom kita jenguk ke sana.
Weeee!!! Sangat besar dan selesa. Bukan sahaja shower terdapat di bilik mandi ini, bath tub juga disediakan. Di satu sudut lain, terdapat bekas aromatherapy untuk mandi sambil menghidu aroma lavender yang menenangkan. Syok kan! Ok, sekarang kita jenguk ke luar pula jom...
Wahhh! Cantiknya... Terdapat meja kayu dan sofa di ruang beranda dengan dikelilingi oleh landskap dan lampu yang unik dan cantik. Sangat tenang berada di sini.
Dari beranda bilik DN menginap, terdapat step batu menuju ke swimming pool. Cantik kan! DN sangat teruja sepanjang berada di sini. Walaupun DN tidak mandi di swimming pool, mendengar deruan air terjun buatan di sudut swimming pool ini sudah cukup menenangkan DN.
Bukan itu sahaja, sesuatu telah terjadi semasa DN berada di sini apabila seseorang membuka kunci bilik semasa DN berada di dalam pada waktu malam. DN marah kerana banyak pengalaman yang DN hadapi sepanjang DN berada di hotel lain sama ada atas urusan kerja atau bercuti yang menggugat keselamatan DN. Oleh itu, perkara seperti ini tidak harus terjadi dan DN merasa terancam. Maklum lah, DN ke mana-mana seorang diri maka keselamatan adalah menjadi perkara utama yang DN akan titik beratkan.
Oleh itu, pihak hotel telah meletakkan bunga ini di atas meja makan sepanjang ketiadaan DN keesokannya sebagai tanda memohon maaf. Bagus kan! Pertama kali dalam hidup DN hotel memberikan sesuatu seperti ini untuk meminta maaf. Segala-galanya sempurna di sini dan DN sangat sukakannya. Pasti DN akan kembali suatu hari nanti.
Bilik ini berharga RM30 - RM417. Kenapa ada range harga ye? Haa... Jika kalian seperti DN yang melalui vacation club hanya perlu membayar tax RM30 sahaja tetapi jika tidak, perlu membayar harga bilik ini RM417/night. Plan nak pergi lagi tahun depan. Jom! ^_^