Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Selamat Tiba di Bali, Indonesia

$
0
0

Syukur alhamdulillah... Tiba jua DN ke Bali, Indonesia. Selama ini dengar cerita dari kawan-kawan sahaja. Hasil perancangan dan kerjasama dengan Swiss Garden International Vacation Club, DN dapat menjejakkan kaki di sini.


Sampai sahaja di bandara, pelbagai flyers tersedia untuk kemudahan pengunjung yang mengunjungi Bali. Pelbagai perkhidmatan dan tempat-tempat menarik ada di dalam flyers ini. DN ambil juga untuk rujukan dan makluman walaupun segala aktiviti DN di Bali telah diuruskan oleh pihak Royal Exchange. 


DN jejakkan kaki di Bali sahaja sudah tersedia mobil untuk membawa DN ke hotel. Sebab itu DN tidak risau untuk ke sini sendirian kerana segalanya sudah diuruskan sebelum DN tiba lagi. Sepanjang perjalanan DN ke hotel, pelbagai sculpture ukiran patung kelihatan. Ini kerana kebanyakan penduduk Bali beragama Hindu. Gambar di atas merupakan Patung Satria Gatotkaca.


Selepas sekitar 15 minit perjalanan, DN sampai di hotel penginapan DN. Sampai sahaja, tuala kecil basah dan air teh ais limau disediakan sebelum check-in masuk ke bilik hotel. Perjalanan di dalam kapal terbang selama hampir 3 jam menyebabkan DN agak keletihan dan layanan mesra apabila DN tiba di hotel sangat menyenangkan DN.

Selepas ini DN akan kongsikan bilik penginapan DN yang sangat cantik dan selesa sepanjang DN berada di Bali,Indonesia. Selain itu, beberapa aktiviti yang disediakan oleh pihak Royal Exchange akan DN kongsikan di sini juga. Harap sabar menanti entry2 DN ye.. :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles