Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Meraikan Pengomen Tegar Jan-Jun 2016 di Ideaa Station

$
0
0
Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya & Selamat Bercuti. DN juga bercuti panjang jadinya kebarangkalian untuk blog ini bercuti panjang pun boleh jadi juga. Kikiki... :p

Sebelum DN pergi bercuti, DN ingin berkongsi disini cerita beberapa minggu lepas. Dimana niat DN untuk meraikan pengomen tegar blog ini bagi bulan Januari hingga Jun 2016 telah diizinkanNya. Alhamdulillah... 
 Inilah antara blogger yang telah menerima Jemputan Makan Malam Pengomen Tegar Sesi 1 2016. Jemputan ini bukan untuk individu sahaja tetapi dengan keluarga sekali DN jemput. Siapalah mereka tanpa keluarga disisi kan. Seronok tengok anak-anak dapat bermain bersama-sama.
Lokasi pilihan DN kali ini adalah di Ideaa Station Bukit Jelutong. Maklumat tempat pilihan DN ini adalah seperti berikut :-
Ideaa Station
No. 4-G-07, D'Vida,
Jalan Bazaar U8/100, Bukit Jelutong,
40150, Shah Alam, Selangor.
No. Tel. : 03-77343700
FB Page : Ideaa Station
Kredit : www.jmr23.com
Kebetulan semasa gathering kami ini terdapat sambutan hari lahir dan doa selamat sekali. Jadinya, kami berpeluang untuk sama-sama menikmati buffet disini. Kalau diikutkan, disini menjual menu al-carte. Menu-menu yang disediakan disini boleh tengok pada FB Page mereka. 
 Kenyang? Alhamdulillah... Memang kenyang. Mak pak sudah tersandar kekenyangan di kerusi masing-masing. Anak-anak pula sedang seronok bermain bersama-sama. 
 Sebelum bersurai, ada sedikit cenderahati untuk mereka. Terima kasih yang tidak terhingga kerana sehingga hari ini masih menyokong dan tidak jemu-jemu meninggalkan jejak di blog ini. Tanpa kalian semua siapalah DN kan. 
Dalam banyak-banyak menu di Ideaa Station ini, dua menu diatas merupakan favorite DN. Nachos Fried Chicken dan Ideaa Jambu Asam. Setiap kali datang sini dua menu ini pasti DN akan order. Setakat ini DN berpuas hati dengan makanan disini. Nak repeat makan-makan dengan DN disini lagi boleh je. Heee....

Oklah. DN ada kerja perlu disiapkan. Target nak balik dari ofis harini pukul 6 petang. Ada 3 jam lagi ni. Jumpa lagi kita di entry seterusnya. ^_^

Salam sayang, DN.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles