Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Sunway Resort Hotel dan Tempat-tempat Menarik di Sekitarnya

$
0
0
Assalamualaikum…

Pertama sekali DN ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi wish birthday DN. Tidak disangka ramai yang mengingati dan mendoakan DN. DN rasa terharu sangat. Terima kasih semua! Moga kalian semua sukses dunia akhirat. Jadi apa yang DN buat semalam? Haa…. Sebenarnya, DN menghabiskan masa di Sunway Hotel dan kawasan sekitarnya. Walaupun boleh dikatakan hampir tiap-tiap minggu DN ke sana, DN tetap tidak jemu kerana macam-macam ada disini.

Seperti yang ramai maklum, Sunway hotel merupakan antara rangkaian hotel yang terbesar di negara kita. Sebut sahaja Sunway, mesti sudah terbayangkan Sunway Pyramid, Sunway Lagoon, Sunway Hotel dan kesibukan orang ramai membeli-belah serta bersukaria di sana. Secara peribadi, DN sendiri mengunjungi Sunway ini sudah lebih dari 15 tahun. Ternyata ia menjadi destinasi pilihan DN hampir setiap bulan untuk membeli-belah, menikmati makanan yang sedap-sedap, bersukaria bersama teman-teman dan macam-macam lagi.
Semalam DN telah memilih untuk menginap di sebuah hotel near Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon Theme Park. Kalian boleh agak ke hotel mana yang DN maksudkan? Tengok dari gambar dah tahu kan. Heee… Ciri-ciri hotel bertaraf lima bintang jelas dipaparkan melalui reka bentuk bangunannya yang unik dan elegan. Mungkin juga disebabkan konsep hotel ini yang berada di dalam sebuah taman tema, maka setiap ruang dalam bangunan ni dipenuhi dengan dekorasi dalaman yang lively dan energetic. Baru je setapak melangkah masuk ke lobi, sudah rasa bubbly! Hebatkan the power of interior design? Masa itu DN rasa tak sabar nak tengok macam mana pula suasana di dalam bilik nanti. Lebih-lebih lagi bau haruman yang sangat menyegarkan di ruang lobi. Memang sangat mengujakan.

DN spend a night at Sunway Lagoon Hotel ini. Pada mulanya, DN tidak ada perancangan apa-apa pun hujung minggu yang lepas. Bila difikirkan semula, birthday DN kot. Takkan hendak duduk rumah sahaja. Jadinya DN pun book bilik melalui Traveloka.com. Bayangkan, website ini offer bilik di tempat mewah ini dengan harga bawah RM100 untuk semalam! Mungkin nasib DN baik waktu itu dan mungkin juga sebab birthday DN. Hmmm… Entah macam mana boleh dapat tempahan masa tengah ada weekend promo. Jadi, dapat la diskaun kaw-kaw! Memang DN tidak lepaskan peluang untuk book bilik disini.
Inilah bilik premier yang DN diami haritu. Facilities di dalam bilik ini serba serbi lengkap dan mewah. Walaupun bilik yang DN duduki bukanlah club room atau suite, kemudahan dan kelengkapan di dalam bilik ini sudah cukup selesa. Memang hotel ini berada dalam kelasnya yang tersendiri. Bilik DN berlatarbelakangkan taman tema air Sunway Lagoon. Memang cuci mata la tengok orang main air. Kalau suruh DN main air, hmmm... DN lebih suka bersantai dari kena air kot. Kikiki….
Selain daripada bilik, makanan-makanan yang dihidangkan di restorannya juga sangat menarik. Memandangkan booking DN ini include breakfast, DN berpeluang menikmati sajian makanan yang sedap dan pelbagai jenis dihidangkan disini. Orang yang tidak lapar pun boleh rasa lapar apabila terbau aroma pelbagai jenis makanan local dan international. Apabila DN baca review mereka yang pernah kesini, DN dapat tahu semua chef disini memang hebat dengan kepakaran masing-masing. No wonder lah semua juadah yang dihidangkan sangat sedap, enak dan lazat. Apa yang membuatkan DN rasa lebih selesa, staff hotel pun semuanya tidak pernah lokek dengan senyuman. Memang terasa suasana di sini sangat warm dan welcoming.
Bila tengok keluar jendela, teringat pengalaman kat Sunway Lagoon water park suatu ketika dahulu. Memang pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Seharian disana rasa sekejap sahaja. Dulu DN ingatkan theme park ini sesuai untuk kanak-kanak sahaja. Bila sudah berada di dalam, rasa taknak balik pula. Heee…. Banyak juga yang berbeza dari kali terakhir DN ke Sunway Lagoon ini. Kalau tidak silap DN, sekarang ada vuvuzela dan pelbagai jenis hiburan Childhood cartoon characters seperti Spongebob, ninja turtles dan Dora the Explorer. Memang masuk dalam list tempat untuk DN repeat lagi di masa akan datang. Siapa nak ikut DN pe Sunway Lagoon? Jom!
Banyak kan aktiviti yang boleh dibuat di Sunway ini. Aktiviti yang paling DN suka semestinya shopping dan makan-makan di Sunway Pyramid. Memang semua keperluan yang DN mahukan ada di sini termasuk kedai-kedai makan favourite DN. Lebih-lebih lagi antara hotel, mall dan park dihubungkan antara satu sama lain. Memang sangat convenience dan selesa disini. Walaupun ini bukanlah kali pertama DN datang ke sini, DN tetap excited dan tidak pernah jemu berada di dalam mall ini. Maybe it was just me, I can’t help but to love the reka bentuk dan seni bina bangunan ni. Rasa macam berada di zaman pemerintahan Mesir purba pulak. Heee! 
DN rasa sangat puas hati dengan birthday trip DN kali ini. Thanks to Sunway hotel for this unforgetable experience. Walaupun dekat, tetap memberi pengalaman yang cukup berbeza kepada DN. Kalau ada masa lagi, DN nak explore tempat-tempat best kat sekitar sini. Banyak lagi DN belum jejakkan kaki terutamanya spa disini. Bila baca dalam review, spa di Sunway adalah antara spa yang the best in Klang valley. Hmmm…. that’s gonna be in my bucket list for my next activities. Heee….

Kalau ada siapa-siapa yang hendak bercuti dalam masa terdekat ini, DN cadangkan korang untuk checkout Traveloka Great Sale. Hotel discounts up until 31%. Offer ini sehingga 12hb September ini sahaja tau. Mana tahu ada peluang dapat duduk hotel mahal dengan harga murah seperti DN. So cepat-cepat grab the deals!

Ok lah, sampai sini dulu perkongsian DN. Nanti DN kongsikan lagi cerita travelog DN yang belum selesai itu ye. Jumpa lagi! ^_^

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles