Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Meraikan Pengomen Tegar Julai-Disember 2015

$
0
0
Assalamualaikum... Selamat pagi... Sudah bangun belum? Lepas solat Subuh jangan tidur semula tau. Buat lah apa-apa kerana berpagi-pagian itu InsyaAllah ada keberkatannya sehingga bangun keesokan pagi. Heee... 

Hari ini bukanlah niat DN untuk bagi tazkirah, tetapi hanya ingin bercerita sedikit kisah DN meraikan pengomen tegar blog ini bagi bulan Julai-Disember 2015 yang telah diadakan pada 23 Januari 2016 yang lalu. Lokasi yang menjadi pilihan DN kali ini adalah di H-Gallery Cafe Sunway Nexis Damansara.
Jemputan Makan Malam Sesi 2 2015 telah diumumkan dan mereka yang dapat menghadirkan diri adalah seperti berikut :-
Noriza Rahman - 6 bulan (75 komen)
Bro Framestone - 5 bulan (35 komen)
Ezad Skytech - 4 bulan (39 komen)
JMR - 4 bulan (38 komen)

Seperti biasa, jemputan DN adalah untuk seisi keluarga kerana DN percaya apa-apa yang dilakukan dengan keluarga lebih seronok dan meriah. Ternyata hari tersebut sangat meriah lebih-lebih lagi apabila melihat telatah anak masing-masing. Bukan sahaja ibubapa dapat berborak di alam nyata, anak-anak juga dapat berkenalan dan bermain sesama mereka.
Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga kerana menjadi pengomen tegar yang setia meninggalkan jejak di blog ini, DN meraikan mereka dengan memberi kebebasan untuk mereka memilih apa sahaja makanan dan minuman yang ingin mereka makan pada hari tersebut. DN sendiri memilih Meatball Stuff with Mozarella untuk makan malam. Ia terdiri daripada meatball marinated with herbs and stuff with mozarella cheese and braised in homemade tomato herb sauce, top on pasta and drizzle with basil garlic oil.
Untuk minuman pula DN telah memilih You Are My Sunshine. Sweet sahaja nama minumam smoothies ini kan. Minuman ini terdiri daripada blended lemon and ginger with marshmallow topping.
Selesai sesi makan malam sambil berbual mesra merapatkan silaturrahim sesama blogger, DN memberikan sedikit cenderahati kepada semua yang hadir. Terima kasih kepada semua atas sokongan yang tidak berbelah bahagi selama ini. DN hargai sangat-sangat komitmen dan kesungguhan yang telah kalian berikan terhadap blog yang tidak seberapa ini. Moga ukhuwah yang terjalin sesama kita akan kekal berpanjangan selamanya.

Tahniah diucapkan kepada blogger Ezad Skytech kerana telah menjadi blogger pilihan sepanjang tahun 2015. Beliau telah mengungguli dengan komen terbanyak selama 9 bulan dengan jumlah komen 173.
Sebelum bersurai, kami bergambar beramai-ramai di depan H-Gallery Cafe. Terima kasih H-Gallery Cafe atas layanan dan makanan-makanan yang sedap untuk kami semua. Moga perniagaan anda akan terus maju dan terus menyajikan menu-menu yang sedap untuk pelanggan anda. 

Antara entry sahabat blogger yang boleh kalian baca :-

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles