Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Aroneb Concept Boutique and Cafe Cheras

$
0
0
Beberapa minggu lepas, DN dan sahabat DN, Baizura telah dibawa oleh Mama Siti ke cafe sahabat beliau yang terletak di Cheras. Beliau mengatakan konsep perniagaan cafe sahabatnya sangat menarik dan ingin kami melihat, menikmati serta merasai sendiri makanan dan minuman di sana. Disebabkan Bangi - Cheras tidak jauh, maka DN pun bersetuju untuk ke Aroneb Concept Boutique and Cafe
 Maklumat cafe tersebut adalah seperti berikut :-
Aroneb Concept Boutique & Cafe
No. 9A, Ground Floor, Wisma PZK,
Jalan Suarasa 8/3, Lake Valley BTHO,
Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Cheras,
Selangor Darul Ehsan.
Waktu Operasi : 9.00am - 9.00pm setiap hari
Email : aronebboutiquecafe@gmail.com
Memang menarik apabila digabungkan cafe makanan dan minuman dengan butik yang dibuka kepada mana-mana vendor yang berminat. Boleh shopping sambil relax menikmati makanan, minuman dan bersantai disini. Aroneb Concept Boutique & Cafe ini telah dibuka sejak Mac 2014 dan pernah keluar di slot rancangan Saffiya TV9 serta surat khabar Berita Harian. Antara produk vendor yang terdapat disini adalah seperti berikut :-
1. Alyssa #alyssainstantshawl
2. Aleena #aleenatelekungexclusive
3. Cikedutbysaripdolninot #cikedut
4. Mr Takoyaki Shop #mrtakoyakishop
5. Mini Stylista #ministylista
 Susun atur di dalam butik cafe ini sangat kemas dan teratur. Pemilihan warna putih menjadikan tempat ini lapang, menyenangkan mata untuk melihat barangan di dalam butik ini dan menyerlahkan produk vendor-vendor yang pelbagai warna. Menariknya, selain daripa tempat duduk untuk menikmati  makanan dan minuman di cafe, terdapat ruang bersantai untuk menonton TV. Lebih menarik lagi, cuba cari 2 orang yang tersembunyi dari gambar di atas. Jumpa tak? Hehehe...
 Di sudut lain butik cafe ini, terdapat lukisan tangan yang sangat menarik dan unik. Apabila diselidik, rupanya lukisan ini hasil tangan anak pemilik ini. Subhanallah... Cantik kan. Tidak semua orang dianugerahkan Allah dengan bakat sebegini. Mungkin boleh dapatkan khidmat beliau jika mahukan lukisan cantik seperti ini.
Inilah antara makanan dan minuman yang DN cuba di Aroneb Concept Boutique & Cafe ini. Macam-macam ada sebenarnya seperti lasagna, cakes, macaroon, spaghetti tetapi faham-faham sahaja, perut ini bukannya besar mana pun nak cuba semuanya. InysaAllah DN akan kembali lagi ke sini untuk mencuba menu selainnya. Jom! ^_^

Landmark ke lokasi adalah seperti berikut :-
- Sederet TNB Bandar Tun Hussein Onn.
- Berhadapan Lake Valley Bandar Tun Hussein Onn.
- Sebelah Vape Don.
- Berdekatan Poliklinik @ Hospital Azzahra.
- Berdekatan Masjid Besar Bandar Tun Hussein Onn.

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles