Apabila macam-macam perkara berlaku, hendak buat apa-apa pun mood tiada. Kelaut sudah... Rasa macam buat semua benda tidak kena. Hmmmm... Dugaan.. Masing-masing ada dugaan tersendiri kan. Hadapi dengan tenang. Pasti setiap perkara dapat diselesaikan dengan baik. Itu yang cuba DN lakukan.
Tengok kerja menimbun atas meja, menyampah pula rasanya. DN rasa sudah buat yang terbaik tetapi pihak ketiga yang rasa mereka sangat berkuasa selalu menyusahkan DN. Keluarkan guideline itu ini, siap update macam2 versi tetapi diorang sendiri tidak ikut pun. Entah apa-apa entah. Kerja DN yang sepatutnya selesai bertambah rumit dibuatnya. Nak buat work-to-do list pun dah malas dah. Huhuhuhu...
Mood yang hilang ini juga mempengaruhi mood DN untuk menulis di sini. Gambar dah penuh dalam kamera dan folder. Laptop baru pun dah beli. Tinggal lagi nak berkongsi cerita sahaja. DN share 1 gambar dulu.. Mana tahu tiba-tiba mood menulis kembali kan. Hmmm... U wish DN...
Banyak juga event yang DN tidak pergi bulan ini. Harap bulan depan DN akan bersemangat kembali. Caiyok DN! Caiyok3! Terapi menenangkan diri dan fikiran sudah. Apa lagi yang DN mahukan entah. Sudah-sudah lah DN oiii.... Jangan harapan tinggal harapan sudah. Heee...
Ok lah. Rasa nak balik. Tidak mahu tengok kerja-kerja yang berulang kali perlu diselesaikan ini. Dah 2 minggu DN cuba dapatkan orang yang bertanggungjawab tetapi masih tidak dapat bercakap dengannya. Kali ini DN libatkan orang ofis pula untuk set appointment. Kalau masih tidak berjaya, DN tidak teragak-agak untuk terus terjah ofis awak macam dulu. Awak tidak suka tidak apa, apa yang penting untuk DN, kerja DN selesai dan objektif tercapai. Oleh itu, jangan susahkan kerja DN ok. Chow dulu. Bye..
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom