Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Etika Ketika Makan

$
0
0
Salam jumaat dan selamat berhujung minggu. Sekejap sahaja sudah hari jumaat kan. Hari ini hantar mama pergi check up di PPUM lepas itu DN terus ke Mid Valley untuk sarapan pagi. Pukul 8.00am dah sampai, kedai banyak tidak buka lagi. Rasa macam kerja di Mid Valley pula bila sampai awal. Heee...
Breakfast set - Eggs Ben dan Coffee RM17.30
Dalam kepala memang nak breakfast Egg's Ben kegemaran DN di The Coffee Bean & Tea Leaf ini. Minum pula dengan coffee... Perghhh.... Terbaik! Jadinya sampai sahaja sudah tahu mana hala hendak dituju. Tengah seronok menikmati Egg's Ben, tiba-tiba rasa hendak mencuba sesuatu. Hmmm... 
Kredit to konyatko.com
Tadaa... DN susun garfu & pisau pada kedudukan 'pause' walaupun makanan dah habis. DN sengaja hendak tengok pekerja di sini ambil atau tidak pinggan DN itu. Dia lalu lalang buat tidak kisah sahaja. Hmmm... Ok lah... DN ubah... 
Letak pada kedudukan 'finished' pula. Tidak sampai 1 minit, pinggan DN sudah di ambil. Hohoho... Pantas! Jadinya terbukti bahawa ketika makan juga ada bahasa yang perlu difahami. Etika ketika makan yang sopan tanpa perlu memanggil-manggil atau melambai-lambai atau menjerit-jerit atau sebagainya untuk meminta mereka mengangkat pinggan yang sudah habis atau kita tidak mahu makan lagi.

Walaubagaimanapun, makan guna tangan juga best kan. Bukan sahaja ikut sunnah Rasullullah SAW, tetapi akan rasa lebih puas ketika makan. Ok lah, nak jalan-jalan cuci mata dulu di Mid Valley ini. Seronok juga ya update guna tab ni. Heee.. Jumpa lagi nanti.

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles