Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Masakan Eksotik dan Kampung di Restoran Lembah Bernam Sekinchan

$
0
0
Restoran Lembah Bernam menjadi tarikan utama DN dan keluarga setiap kali pulang ke kampung. Lebih tepat lagi, setiap kali hendak menghantar adik pulang ke asrama di SMKA Simpang Lima, kami sekeluarga akan singgah makan tengah hari di sini. Boleh dikatakan paling kurang sebulan sekali kami makan di sini. Betapa masakan di restoran ini sangat sedap sehingga berjaya menarik kami sekeluarga menjadi pengunjung setia di sini.
Dekorasi restoran ini biasa sahaja, tiada apa yang menarik. Apa yang menarik disini adalah masakan eksotik dan masakan kampung yang disediakan di sini. Perghhhhhhh!!! Terbaik! Sehingga menjilat jari dan pinggan kalau makan di sini. Kepada penggemar masakan eksotik dan masakan kampung, restoran ini wajib anda kunjungi. Pasti dah datang sekali, hendak datang lagi dan lagi.

Jom DN kongsikan masakan yang gemar DN makan setiap kali singgah di Restoran Lembah Bernam ini.
Udang Galah masak sambal ini berharga RM15 seekor. Harga bergantung kepada saiz udang. DN pernah makan udang galah masak sambal berharga RM10 atau RM5 seekor dan saiznya lebih kecil dari udang ini. Udang galah seperti gambar di atas adalah udang galah gred A katanya. 
Ini adalah Ikan baung masak lemak cili api yang akan menjadi pilihan kami sekeluarga. Siapa suka makan ikan sungai, pasti suka dengan ikan ini. DN tidak pasti berapa harga untuk ikan di atas tetapi DN boleh anggarkan sekitar RM7-RM13 seekor bergantung pada saiz. Kuahnya cukup rasa, cukup pedas, cukup lemak... Fuhhh! Memang tidak terkata sedapnya. Telan air liur DN apabila melihat gambar ini. Tekak rasa nak makan lagi.
Ini pula Ayam kampung gorang berempah berharga RM6-RM8 seketul. Tetapi kebiasaannya kami akan order 1/2 ekor dan minta potong kecil seperti di atas. Baru semua orang boleh rasa dan makan apabila pilihan lauk sangat banyak yang ditempah.
Rusa masak blackpaper ini merupakan kegemaran DN. Daging rusa yang manis apabila dimasak blackpaper memang sangat UMPH! rasanya. Untuk daging rusa ini ia mengikut berapa gram yang kita inginkan. DN kebiasaanya mengambil 200g daging rusa untuk masak blackpaper dan harganya sekitar RM16 /200g sahaja.
Rendang landak ini pertama kali DN cuba ketika datang ke Restoran Lembah Bernam ini. Adik DN tempah 100g daging landak ini dan adalah DN cuba sedikit. Sedap juga tetapi DN tetap sukakan daging rusa. Heee... Harga daging landak ini kalau tidak silap DN adalah RM12 /100g. 
Apabila sudah namanya masakan kampung, memang tidak lengkap jika tidak mengambil ulam-ulam ini. Kemudian ditambah lagi dengan mengambil minuman air tembikai... Perghhh! Memang satu kepuasan dan pelengkap selera makan. Rasa kenikmatan makanan ini akan dirasai sepanjang hari.

Harga yang berpatutan di sini menyebabkan ia menjadi pilihan kami seisi keluarga. Paling mahal DN bayar ketika makan disini berharga RM160 untuk 9 orang makan. Lauk-lauk yang DN tempah pastinya seperti di atas dan air tembikai satu kemestian. Mahal ke? Hehehe.....

Restoran Lembah Bernam ini memang tempat yang harus anda kunjungi. Di mana lokasinya? Haaa... Ini kalian perlu simpan dan ingat ok. Maklumat Restoran Lembah Bernam ini adalah seperti berikut:-

RESTORAN LEMBAH BERNAM
Jalan Main Canal,
Tali Air 9, Pasir Panjang,
45400 Sekinchan,
Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi : 11am - 5pm (Jumaat tutup)

Untuk tempahan, boleh hubungi :
019-2133665 / 0172858603

SELAMAT MENJAMU SELERA!

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles