Ini kisah beberapa bulan lepas. DN telah mengikuti program Biro Muslimat Masjid At-Taqwa Desa Subang Permai yang dikendalikan oleh mak DN sendiri. Belakang itu adalah mak DN, adik perempuan DN dan kawan-kawan mak DN. Seawal 8.00 pagi kami sudah berada di Komuter Batu 3 untuk menaiki komuter menuju ke KL dan seterusnya menaiki KL Hop-On Hop-Off untuk bersiar-siar di ibu kota Kuala Lumpur.

Inilah laluan KL Hop-On Hop-Off. Kita boleh berhenti di mana-mana kawasan seperti yang ditandakan di dalam laluan dari No. 1 sehingga No. 23. Kalau tidak mahu turun dan hendak duduk pusing melihat kotaraya Kuala Lumpur sahaja pun boleh kerana pas untuk menaiki KL Hop-On Hop-Off ini boleh digunakan untuk sehari. Tetapi untuk apa hanya duduk di bas sahaja. Turun dan lihat sendiri tempat-tempat menarik yang terdapat di Kuala Lumpur. DN yakin walaupun kalian menetap atau bekerja di Kuala Lumpur, tidak semua tempat-tempat di laluan KL Hop-On Hop-Off ini sudah anda jejaki.
Sekitar jam 9 pagi kami tiba di Stesen Kuala Lumpur dan berjalan kaki menuju ke Central Market. Kalau nampak signboard KL Hop-On Hop-Off No.9 seperti di atas, disinilah bas akan berhenti dan mengambil penumpang untuk perhentian No.9 (Central Market). Bas yang datang mengambil kami pula bas yang tiada bumbung di atas. Memang berebut-rebut lah kami semua hendak duduk di atas bas.
Kami meneruskan perjalanan dan berhenti di Perhentian No.12 (Muzium Negara). Di sini kami bersarapan pagi dan menjejaki sejarah negara kita. Seterusnya kami berhenti di Istana Negara, Perhentian No. 13 (Nasional Palace). Cuaca yang agak panas menyebabkan kami tidak lama di sini. Kami meneruskan perjalanan ke Perhentian No. 16 (Masjid Negara).
Kami merehatkan diri buat seketika dan menunaikan solat Zuhur di sini dahulu. Kebetulan ada lori menjual air dan makanan ringan berhampiran Masjid Negara ini maka dapatlah kami mengeringkan tekak sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Seterusnya... Ke mana kita?
Memandangkan cuaca yang agak panas, mereka tidak bercadang untuk berhenti di mana-mana taman maka kami meneruskan perjalanan ke Perhentian No. 23 (KLCC). Dah sampai KLCC merasa lah aircond seketika. Hee... Kami makan tengah hari di sini. Tidak bercadang untuk bershopping apa-apa maka selepas 1 jam di KLCC kami meneruskan perjalanan semula.
Perjalanan kami berhenti di Perhentian No. 5 (Karyaneka). Di sini DN ada beli beberapa cenderahati sedikit untuk kenangan dan kami menunaikan solat Asar di sini.
Sekitar jam 5.30 petang, kami menaiki bas KL Hop-On Hop-Off kembali ke Perhentian No. 9 untuk mengambil komuter menuju ke Shah Alam. Seharian di Kuala Lumpur menaiki KL Hop-On Hop-Off memang satu pengalaman yang amat menarik dan mengujakan. Ternyata banyak tempat-tempat yang boleh dilawati di Kuala Lumpur ini. Jangan hanya berimpian untuk melihat negara orang sahaja. Selami negara sendiri, banyak lagi tempat-tempat yang boleh dilawati. Laluan KL Hop-On Hop-Off memang merupakan tumpuan pelancong jadi apa salahnya melancong di negara sendiri. Betul tak? Hee...
Ok, berkenaan harga pula, memandangkan kami pergi dalam kumpulan dan menghantar surat permohonan, maka setiap seorang dari kami perlu membayar RM15 sahaja untuk dewasa manakala kanak-kanak 5-12 tahun hanya membayar RM10. Harga terkini KL Hop-On Hop-Off untuk dewasa adalah RM45 manakala kanak-kanak 5-12 tahun RM24.
Kami bercadang untuk melancong lagi ke Kuala Lumpur menaiki KL Hop-On Hop-Off hujung tahun ini. Difahamkan mereka sudah menambah 2 lagi bas pada tahun ini dan pastinya KL Hop-On Hop-Off mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pelancong dan pengunjung. Tahniah diucapkan kepada KL Hop-On Hop-Off. Semoga terus maju jaya...
Ok, berkenaan harga pula, memandangkan kami pergi dalam kumpulan dan menghantar surat permohonan, maka setiap seorang dari kami perlu membayar RM15 sahaja untuk dewasa manakala kanak-kanak 5-12 tahun hanya membayar RM10. Harga terkini KL Hop-On Hop-Off untuk dewasa adalah RM45 manakala kanak-kanak 5-12 tahun RM24.
Kami bercadang untuk melancong lagi ke Kuala Lumpur menaiki KL Hop-On Hop-Off hujung tahun ini. Difahamkan mereka sudah menambah 2 lagi bas pada tahun ini dan pastinya KL Hop-On Hop-Off mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pelancong dan pengunjung. Tahniah diucapkan kepada KL Hop-On Hop-Off. Semoga terus maju jaya...
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom