Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Movie Review : Pengantin Malam

$
0
0
 Siapa sudah tengok filem terbaru Nora Danish dan Farid Kamil bertajuk "Pengantin Malam"? Filem "Pengantin Malam" ini sudah ditayangkan bermula semalam, 19hb Jun 2014. DN berpeluang menonton premier filem ini beberapa hari lepas dan ternyata lakonan gandingan mereka berdua memang mantap. Terima kasih kepada pihak MIG kerana terus memberi peluang kepada DN untuk menonton tayangan perdana filem mereka.
 Filem bergenre seram ini adalah dibawah pengarahan saudari Eyra Rahman. Dengan menggandingkan dua pelakon berpengalaman yang tidak perlu dipertikaikan lagi kredibiliti lakonan mereka, ia pasti mampu memberi tarikan luar biasa buat filem ini terutama penggemar filem seram. Pelakon-pelakon lain yang turut menjayakan filem "Pengantin Malam" ini adalah Nina Iskandar, Ellie Suriaty dan Rashidah Jaafar. Penggambaran filem ini mengambil masa selama 15 hari dengan memilih Kuang, Selangor sebagai lokasi utama penggambaran "Pengantin Malam".
 "Pengantin Malam" mengisahkan tentang Maya (Nora Danish) mengalami amnesia selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya. Sejak itu, Maya sering diganggu oleh lembaga berpakaian pengantin dan membawa patung. Razif (Farid Kamil) tidak mempercayai apa yang menghantui isterinya dan percaya ia cuma halusinasi Maya sahaja. Oleh itu, Razif membawa Maya keluar dari rumah mereka dan kembali ke villa keluarga Razif yang dijaga oleh Mak Anom (Rashidah Jaafar). Walaupun tinggal di villa, Maya tetap diganggu malahan lebih teruk lagi keadaannya dan ini sangat merunsingkan Razif sehingga memilih membawa Maya berjumpa dengan Doktor Dina (Ellie Suriaty). Keadaan lebih meruncing lagi apabila ianya ada kaitan dengan Laila (Nina Iskandar).

 Bagaimana keadaan Maya selepas menemui Doktor Dina? Kenapa keadaan Maya semakin teruk apabila berada di villa? Adakah Razif akan mempercayai lembaga yang mengganggu Maya selama ini? Siapakah Laila dan apa kaitan Laila dengan mereka? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem "Pengantin Malam" yang sudah berada di pawagam bermula 19 Jun 2014.
DN bukanlah peminat filem bergenre seram tetapi lakonan mantap Nora Danish memang memukau sesiapa sahaja yang menontonnya. Beliau berjaya membawa watak dengan terbaik dan DN dapat merasai keseraman serta penderitaan yang dialami beliau di dalam filem ini. Begitu juga dengan Nina Iskandar, Ellie Suriaty, Rashidah Jaafar dan Farid Kamil. Penghayatan watak mereka sangat berkesan sehingga ada scene-scene yang mampu membuat DN terkejut dan bersedih. Tahniah kepada team "Pengantin Malam". DN berikan 4.5/5 untuk filem bergenre seram arahan Eyra Rahman ini.
 
 
 
 
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles