Dah lama DN tidak buat kerja sebegini. Straight kerja dari jam 9 malam sampai 7 pagi. Hujung minggu pula tu. Macam kerja syif pula. DN sedar tahu-tahu bunyi alarm phone menunjukkan sudah masuk jam 6 pagi. Kalau kerja syif takpe juga kan. Habis kerja pukul 7 pagi boleh tidur. Ini DN habis kerja pukul 7 pagi siap-siap untuk balik rumah. Orang siap-siap untuk pergi kerja, DN baru nak balik. Sampai rumah, mandi seterusnya siap-siap untuk pergi meeting pukul 10 pagi. Tidur? Tangguhkan dulu niat untuk tidur itu. Best kan kerja DN. Hihi...
DN mengadap kerja ini di ofis sampai tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Ada jugalah berhenti rehat kejap 30 minit pukul 2 pagi, lepas itu sambung semula. Takut buat kerja di ofis sorang-sorang? Buang jauh-jauh perasaan takut itu, tumpukan kepada kerja yang perlu disiapkan. Itu yang selalu DN lakukan. Bunyi macam-macam itu biasa tetapi selagi tidak mengganggu DN buat kerja, DN ok sahaja. Kalau layankan perasaan takut memang takkan siap lah kerja DN. Hee...
Balik rumah kena perli dengan parent DN kerja kuat. Mujur juga mereka memahami kerjaya DN sebegini. Sebelum ke ofis malam itu DN sudah maklumkan yang DN akan berada di ofis sehingga kerja siap maka mereka tidak mengganggu DN. Boleh sahaja DN ajak adik DN teman di ofis tetapi tidak sampai hati untuk DN mengganggu masa tidur mereka maka sendirian lebih baik. Lebih fokus dan kerja pun siap.
Alhamdulillah... Hari ini DN lapang sedikit jadi sempat berkongsi cerita di sini. Esok kembali sibuk dengan mesyuarat di sana sini dan kerja-kerja lain untuk diberi tumpuan. Kerja selagi mampu dan yang penting ikhlas serta amanah dengan tanggungjawab yang diberikan. InsyaAllah, apa yang kita usahakan pasti mendapat kepuasan kelak.
*****************************