Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Nasi Arab Al-Hijjazi Kini di Seksyen 16 Shah Alam

$
0
0
Assalamualaikum... 

Di hari Jumaat yang tenang dengan cuaca yang sangat baik hari ini, DN ingin kongsikan sesuatu yang istimewa. Istimewa kerana masa rehat yang agak panjang tadi 12.30pm - 2.30pm, DN dan rakan pejabat menjalankan misi mencari makanan yang enak dan lazat. Asalnya hendak makan di sana tetapi memandangkan bujang-bujang ofis juga hendak makan bersama selepas solat Jumaat maka kami bungkus sahaja.
Kami memilih untuk makan Nasi Arab Al-Hijjazi. DN pernah merasainya bulan lepas semasa pemilik Nasi Arab Al-Hijjazi bagi peluang DN rasa buat kali pertama. Ternyata DN jatuh hati dengan rasa keenakan dan kelazatan Nasi Arab Al-Hijjazi ini. Kali ini DN berkongsi keenakan rasa Nasi Arab Al-Hijjazi bersama rakan sekerja pula. Disebabkan Nasi Arab Al-Hijjazi sudah membuka kiosk mereka di Restoran Seri Soga, Seksyen 16, Shah Alam maka tidak menyukarkan penggemar Nasi Arab untuk mendapatkan Nasi Arab Al-Hijjazi ini.
 
 Set Nasi Arab Al-Hijjazi ini terbahagi kepada 3 :-

1. Set VIP - (Nasi Arab Al-Hijjazi + ayam yogurt roasted + shatoh (sos istimewa) + salata (salad) + sup) RM9.90
2. Set Diamond - (Nasi Arab Al-Hijjazi + lamb mandy + shatoh (sos istimewa) + salata (salad) + sup) RM12.90
3. Set Super Supreme - (Nasi Arab Al-Hijjazi + lamb mandy + ayam yogurt roasted + shatoh (sos istimewa) + salata (salad) + sup) RM15.90
Nasi Arab Al-Hijjazi juga menerima tempahan untuk katering pelbagai majlis. Makanan dan harga yang ditawarkan seperti gambar di atas. Nasi Arab Al-Hijjazi juga menyediakan penghantaran lunch pack dengan minimum order 30 pax. Cas menghantaran mengikut jarak lokasi tetapi untuk sekitar Shah Alam, tiada cas penghantaran dikenakan.
 Inilah Nasi Arab Al-Hijjazi yang telah DN bawa balik ke ofis. Mujur DN dah SMS booking dulu tau. DN sampai untuk ambil Nasi Arab Al-Hijjazi tadi pada jam 12.30pm, sold out sudah. Selepas 1 jam, cepat betul habis kan. Alhamdulillah... Semoga Nasi Arab Al-Hijjazi terus murah rezeki.

Sementara tunggu bujang-bujang balik solat Jumaat tadi, sempat DN snap-snap dulu. Hihi... Nasi Arab Al-Hijjazi yang dibawa pulang akan dipack seperti di atas. DN juga diberi voucher 4+1 di atas. Terima kasih Nasi Arab Al-Hijjazi! Siapa-siapa nak makan Nasi Arab Al-Hijjazi bersama DN, jom! Cukup 5 orang dah boleh guna voucher ini.
Bagaimana untuk mendapatkan Nasi Arab Al-Hijjazi ini? Boleh merujuk maklumat di bawah.

Lokasi :
Restoran Seri Soga,
Seksyen 16, Shah Alam, Selangor
Landmark : Bersebelahan Pejabat Pos, Sederet RHB Bank

Waktu Operasi :
Rabu - Jumaat : 11.30 pagi - 3.30 petang

Website :

Facebook :

Instagram :

Tahniah Nasi Arab Al-Hijjazi kerana akhirnya berjaya membuka kiosk selepas menjalankan perniagaan secara dari rumah sebelum ini. Semoga terus success dan terus menyediakan makanan yang istimewa, lazat dan nikmat kepada kami semua. Kami akan terus menyokong perniagaan Nasi Arab Al-Hijjazi.

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles