Assalamualaikum semua! Senarai pengomen tegar bagi sepanjang bulan Mei 2014 sudah ada. Hihihi... Pertama sekali, DN ingin meminta maaf kerana bulan Mei merupakan bulan yang sangat sibuk untuk DN. Hanya 7 entri berjaya DN kongsikan. DN harap sangat bulan Jun ini DN dapat kembali menulis seperti biasa.
Walaupun macam agak sukar juga untuk DN lakukannya pada bulan ini, DN cuba lakukan yang terbaik. 3 projek hendak tender , 9 projek dalam tangan untuk diselia, 3 projek dalam perancangan sedang DN usahakan untuk dikongsi bersama rakan sekerja dan kelas yang perlu dihadiri. Memang penuh jadual DN tetapi ia bukan alasan untuk DN tidak berkongsi dengan semua. InsyaAllah DN akan setia berkongsi cerita di sini. :)
Terima kasih kepada mereka yang setia membaca di sini. Berikut merupakan 5 Pengomen Tegar bagi bulan Mei 2014.
1. Afasz
2. Ezad Skytech
4. JMR
5. Rafael Andre
Bulan Jun merupakan bulan terakhir sebelum DN menyenaraikan 5 Pengomen Tegar bagi bulan Januari - Jun 2014. Agak-agak teruja atau tidak hendak makan malam bersama DN? Memandangkan bulan Julai nanti jatuh pada bulan puasa, makan malam akan menjadi berbuka puasa bersama DN. Wahhh!! Gitu.. Hee...
Terima kasih semua! Kepada mereka yang DN masih belum sempat untuk menunaikan tanggungjawab DN bagi berkongsi cerita mereka di sini, DN minta maaf sangat-sangat. DN akan cuba lakukannya di bulan ini dan DN akan menghadkan event pada bulan ini bagi menyiapkan segala entry yang tertunggak. Siap nanti DN akan beritahu ye. Apapun, terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada DN untuk berkongsi cerita dengan pembaca DN. Di harap kerjasama yang terjalin antara kita akan berterusan hendaknya... :)
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom