Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Filem MIG : Awak Nak Kahwin Dengan Saya?

$
0
0
Filem MIG "Awak Nak Kahwin Dengan Saya?" arahan pengarah berbakat Eyra Rahman sudahpun menemui penonton di pawagam berhampiran pada 22 May 2014 yang lalu. Filem komedi romantik lakonan pelakon berpengalaman Fezrul Khan dan Erin Malik ini sangat segar, beremosi dan bersahaja sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Lakonan mantap mereka berdua lebih menyerlah apabila digandingkan dengan pelakon seperti Zalif Sidek, Shima Anuar, Emily Chan, Mustapha Kamal, Ruminah Sidek, Lydiawati, Delimawati dan Bobo.
Filem ini mengisahkan tentang Andika (Fezrul Khan) yang merupakan seorang bos kepada Putri (Erin Malik) telah memaksanya menyamar menjadi kekasih. Ia bertujuan untuk membuktikan kepada bekas kekasihnya, Sara (Shima Anuar) yang bakal berkahwin tidak lama lagi bahawa dia sudah mempunyai kekasih. Mereka berdua mempunyai karakter yang jauh berbeza, Andika seorang 'Perfectionist' manakala Putri seorang yang 'clumsy'. Andika telah membawa Putri pulang ke kampung halamannya setelah 3 tahun tidak menjejakkan kaki di sana kerana menjauhkan diri dari ayahnya, Dato' Osman (Mustapha Kamal). Ketika di kampung, Putri dikenalkan dengan keluarga besar Andika dan menyebabkan Putri yang hidup sendiri sejak kematian ayah dan ibunya merasa sangat terharu dengan layanan yang diberikan. Pelbagai perkara terjadi sepanjang mereka di sana sehingga Putri memilih untuk membawa diri. 
Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa Putri membawa diri? Adakah kerana rahsia mereka telah terbongkar? Adakah Andika akan melepaskan Putri begitu sahaja? Dapatkah seorang 'Perfectionist' dan seorang 'Clumsy' disatukan? Segalanya terjawab dengan menonton cerita ini.

Pada pendapat DN, cerita ini sangat santai dan penuh beremosi. Mereka berjaya membawa watak masing-masing. Ketika marah, kelakar, menangis, manja dan ketawa, segala perubahan emosi itu dapat ditunjukkan dengan baik dan jelas keikhlasan terpancar dari wajah mereka. Memang tersentuh hati ini apabila air mata yang dikeluarkan kelihatan begitu jujur. DN tidak menyangka filem komedi romantik arahan Eyra Rahman ini sangat menarik untuk ditonton. Dari keseluruhan filem MIG yang DN tonton sepanjang tahun ini, filem "Awak Nak Kahwin Dengan Saya?" merupakan filem terbaik terbitan MIG setakat ini. Syabas diucapkan kepada pengarah dan barisan pelakon hebat. DN berikan 4/5 untuk filem ini.
 
 
 
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles