Waaa!!! Lamanya tak update blog. Rindu DN tak? Heee.... Minta maaf banyak-banyak. Masa DN sangat terhad beberapa minggu ini untuk urusan kerja dan keluarga. InshaAllah bermula hari ini DN akan menulis semula.
Semasa DN update di sini, DN sedang menghadiri 2 mesyuarat yang sepatutnya bermula jam 10.30 pagi. Sehingga jam 11.30 pagi, mesyuarat masih tidak dapat dijalankan kerana ramai yang belum datang.
Lihat sahaja kerusi di depan DN, masih kosong. Persoalannya, di mana rasa tanggungjawab dan menepati masa mereka? Kenapa mereka tidak dapat menghormati masa orang lain? Kalau mahu datang lewat sekalipun, tidak boleh kah memaklumkan kepada mereka yang mengeluarkan notis mesyuarat samaada minta dilewatkan mesyuarat atau mulakan dahulu atau tangguhkan mesyuarat ke masa atau hari lain?
Sudahnya, DN membebel di sini. Hihihi... Nasiblah siapa yang baca bebelan DN ini. DN tunggu sehingga jam 12.30pm, mereka tidak muncul juga, DN akan pergi. Maaf, masa DN sangat berharga untuk menunggu mereka yang tidak menepati masa.
Ok, cukup bebelan DN setakat ini. Banyak entry bertangguh yang perlu DN siapkan. InsyaAllah DN akan kongsikan nanti. Terima kasih semua kerana masih sudi menanti coretan DN walau DN lama tidak muncul disini.. :)
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom