Selesai menyaksikan Golden Dragon Water Puppet Theater, apa lagi? Masa untuk mengisi perut pula. DN mengambil teksi menuju ke Dong Du Street.
![]()
Landmark DN adalah Masjid Muslim (Masjid Musulman) ini. Alhamdulillah... Dalam pada DN melihat negara orang, dapat juga DN solat di Masjid Muslim ini. Selesai solat, DN ke seberang jalan masjid ini di mana terletaknya tempat makan halal yang diberi nama Halal @ Saigon.
Pemilik restoran ini memang berasal dari Malaysia maka, makanan di sini memang kena dengan tekak orang Malaysia. Walaubagaimanapun, DN memilih makanan yang tiada di Malaysia iaitu Canh Ngheu (Baby Clam Soup) yang berharga 139,000 dong (~RM21). Air pula DN memilih Tra Da Chanh Duong (Ice Lemon Tea) yang berharga 35,000 dong (~RM5.50).
Halal @ Saigon
31, Dong Du Street, Dist. 1, Ho Chi Minh City
Tel : +84 8 3827 4602 (English)
+84 8 3824 6823 (Vietnamese)
Fax : +84 8 3827 4603
Email : info@halalsaigon.com
Website : www.halalsaigon.com
![]()
Selesai makan malam, DN ke Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City pula. Sejak DN beli t-shirt Hard Rock Cafe Bali, DN tiba-tiba gemar mengumpul t-shirt Hard Rock Cafe. Lepas dapat membeli t-shirt disini, DN kembali ke penginapan DN di Lavender Hotel.
![]()
Hari kedua DN di Ho Chi Minh City, DN makan tengah hari di Restoran Serai. Restoran ini tidak jauh dari hotel penginapan DN. DN hanya berjalan kaki untuk makan di sini. Ia dikenali sebagai Malaysia Kitchen kerana serba serbi menu di sini adalah masakan Malaysia. Siap ada pemandangan Kuala Lumpur lagi di dinding restoran ini. Memang terasa bangga seketika apabila dapat melihat gambar negara sendiri di negara orang.
![]()
Setiap meja siap dilapik dengan kain batik. Klasik sahaja rasanya apabila makan disini. DN memilih Com Chien Pattaya (Nasi Goreng Pataya) yang berharga 105,000 dong (~RM16) manakala minuman pula DN memilih Nuroc ep Serai (Serai frappe Juice) yang berharga 55,000 dong (~RM8.50)
Serai Restaurant
22, Thu Khoa Huan Street, Ben Thanh Ward, Dist. 1, Ho Chi Minh City
Tel : +84.8 6684 4820

Sebelah malam pula DN makan di Kasim Baba's Prata House. Ia terletak betul-betul di hadapan Restoran Serai. Maksudnya, DN ke sini juga hanya berjalan kaki. Jimat duit teksi walaupun teksi di sini tidak mahal pun. Sekitar 30,000 dong (~RM5) semasa DN ke Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City. DN makan Roti Bom dan teh tarik di sini. Harga, DN tidak ingat sebab tiada resit dikeluarkan semasa makan di sini. Yang DN ingat, tidak lebih 100,000 dong untuk makan malam DN ini.
![]()

Hari terakhir DN di Ho Chi Minh City, DN makan di Restoran Sahraan sebelum mengambil teksi untuk ke airport yang berharga 160,000 dong (~RM25).Restoran Sahraan menyediakan makanan halal arab. Ia dibuka dari jam 9.00 am - 11.00pm. DN sarapan dan makan tengah hari di sini sebelum pulang ke tanah air. Lokasi juga tidak jauh dari Lavender Hotel maka, DN hanya berjalan kaki untuk makan di sini.
Restaurant Sahraan
6 Truong Dinh, Ben Thanh Ward, Dist 1, HCMC
Tel : +84 0838909925
Sarapan pagi DN memilih Meatloaf served with french fries yang berharga 145,000 dong (~RM22) dengan hot chocolate yang berharga 30,000 dong (~RM5). Makan tengah hari pula DN memilih Half chicken grilled on charcoal with potatoes and rice yang berharga 135,000 dong (~RM20.50) manakala minum pula DN memilih Fresh Orange yang berharga 49,000 dong (~RM7.50).
Inilah beberapa tempat makan halal yang berjaya DN singgah untuk short trip DN. Kelihatan harga makanan halal di sini agak mahal tetapi barang-barang lain seperti pengangkutan teksi dan kain murah di sini. Setiap kali DN makan di sini, DN akan pastikan 250,000 (~RM38) ada. Jika tidak ada, makan sahaja apa yang dibawa semasa datang di sini. Maggi ke... Hehehe... Keseluruhan makanan di sini sedap-sedap belaka. Pasti DN akan kembali di restoran-restoran ini untuk merasa makanan lain pula.