Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Golden Dragon Water Puppet Theater di Ho Chi Minh City

$
0
0
 Maaf, kesibukan atas urusan kerja menyebabkan entry travelog DN ke Ho Chi Minh City tertangguh. Hari ini DN akan sambung ceritera DN semasa di sana. Terima kasih kepada yang sudi menanti dan membaca.

 Apabila malam menjelma, DN berjalan kaki menuju ke Golden Dragon Water Puppet Theatre yang mengambil masa 15 minit perjalanan. Walaupun jam baru menunjukkan pukul 6 petang, suasana di sini sudah gelap. Berpeluh juga berjalan kaki tetapi laluan pejalan kaki yang lebar menyebabkan DN tidak risau dengan kenderaan yang lalu lalang kecuali ketika hendak melintas jalan.
Ramai kan orang datang menyaksikan Golden Dragon Water Puppet ini. Water Puppet Show ini boleh ditonton setiap hari dan dimainkan pada jam 5.00pm, 6.30pm dan 7.45pm. Jangkamasa persembahan ini adalah 50 minit. DN memilih 6.30pm untuk menyaksikan persembahan ini. Harga tiket adalah 150.000dong (~RM22.50) untuk seorang. Jika bercadang untuk menyaksikan persembahan tersebut, boleh rujuk maklumat berikut :-
THAI DUONG THEATER & ART CO., LTD.
43, No8, Ward 16, Go Vap Dist., HCM City, Vietnam
www.thaiduongtheatre.com 
E-mail: thaiduongtheatre@gmail.com
Tel: 84-8-827 2653 
Cell: 0903 927 170 (Director Huynh Anh Tuan)
 Menariknya tentang Golden Dragon Water Puppet Theater ini adalah puppet ini dimainkan di dalam air. Ia diiringi dengan alunan muzik dari alat tradisional Vietnam dengan suara yang berbeza-beza dari pemain alat muzik itu sendiri mengikut puppet yang sedang beraksi ketika itu. Cuma disebabkan mereka bertutur dalam bahasa Vietnam, DN tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh mereka. DN hanya membuat telahan sendiri dengan melihat aksi yang dilakukan oleh puppet tersebut.
 Orang kata, tidak lengkap jika tidak menyaksikan Water Puppet Theater jika ke Vietnam. Maka, DN mengambil peluang masa yang tidak berapa nak banyak semasa di Ho Chi Minh City ini untuk menyaksikannya. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Bila orang bercerita, DN sudah menyaksikannya dengan mata sendiri dan merasai sendiri alunan muzik dan suara yang dimainkan oleh mereka. Amat mengasyikkan.
Mereka bermain puppet ini denganpenuh kegembiraan. DN merasakannya dari gelak ketawa dan interaksi antara setiap pemuzik dengan puppet yang sedang beraksi di dalam air tersebut. Pencahayaan lampu dan warna turut menarik mata untuk melihat mereka beraksi. Kanak-kanak paling gembira apabila melihat patung sedang bermain air. Ini dapat dibuktikan apabila DN sentiasa mendengar kanak-kanak ketawa sepanjang acara ini berlangsung.
Durasi masa 50 minit terasa sekejap sahaja berlalu. Walaupun DN tidak memahami bahasa yang disampaikan, dari pemerhatian DN, mereka cuba menerangkan kepada kita cara hidup penduduk Vietnam di kampung yang bercucuk tanam sebagai punca rezeki dan Sungai Mekong sebagai laluan utama penduduk di sini.
Inilah barisan pemain puppet yang berusaha menghiburkan pengunjung yang datang termasuk DN. Memang mereka betul-betul berada di dalam air. Basah kuyup bila keluar ke permukaan air. Air yang bewarna coklat menyebabkan kita tidak dapat menyaksikan mereka di dalam air tersebut.

Tips : Kalau agak-agak tidak mahu terkena percik air, jangan duduk depan-depan ye. Hehehe... :p

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles