Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Kerjaya Jurutera dan Blogger

$
0
0
AAAAAAAAAAAAAAA!!!!!

Ok, DN tidak berjaya untuk menjerit sekuat hati tetapi hanya mampu menjerit di dalam hati dan di sini sahaja. Serius DN sudah merasa penat dan rasa mahu merehatkan diri. Lepas baik dari demam Khamis yang lalu, DN tidak berhenti dari travel ke sana sini.
Ada yang kata, bestnya kerja DN dapat travel sana sini. Best? Mereka yang melihat sahaja merasakan kerja DN best. Hakikatnya, travel ini sangat memenatkan. Lebih-lebih lagi apabila travel atas urusan kerja. Badan penat, minda pun penat sebab banyak perkara perlu difikirkan dan diselesaikan. Itu belum lagi memikirkan urusan kerja yang tertangguh di pejabat. Sebenarnya, DN bukanlah seorang yang dapat menguruskan masa dengan baik seperti apa yang orang lain perkatakan. Walaupun begitu, DN cuba memberikan yang terbaik semampu DN kerana inilah tanggungjawab DN.

Jadual penuh setiap hari dan DN perlu menyusun segala aktiviti DN sebaik mungkin untuk memastikan semuanya selesai. Perlu menyesuaikan mana satu kerja yang menjadi keutamaan dan mana kerja yang masih boleh ditangguhkan untuk beberapa hari. Bukan ditangguhkan untuk jangkamasa yang lama, tetapi untuk mendahulukan mana yang perlu sebelum membuat kerja yang ditangguhkan itu. Sebab itu blog DN tidak berupdate untuk beberapa hari atas sebab keutamaan adalah kerja yang diamanahkan kepada DN.
Tempat baru DN di ofis, DN masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri. Entah kenapa kali ini DN mengambil masa yang lama untuk sesuaikan diri. Huh... Abaikan kerja DN yang berlambak dan ketika ini DN masih di ofis menyiapkan beberapa kerja. Esok, DN perlu travel lagi. Tetapi kali ini untuk urusan blog pula. 3 hari 2 malam di Port Dickson. Inilah kerja DN sebagai seorang jurutera dan blogger. DN cuba membahagikan masa yang ada sebaik mungkin.
Sejujurnya, DN tiada banyak masa untuk diri DN sendiri, jadi maafkan DN jika DN tidak prihatin atau menjadi ignorance dengan orang lain. Kadang DN cakap sepatah dua dan that's it! Sebab DN tidak suka dan tidak mahu complicatedkan fikiran DN sendiri. Orang-orang keliling yang terasa hati dengan DN, DN minta maaf. Banyak yang DN fikirkan jadi DN tidak mampu memikirkan masalah kalian apatah lagi untuk menjaga hati kalian semua. Tetapi jika ada yang memerlukan DN, DN tetap cuba memberikan sedikit waktu untuk kalian semampu DN. 

Apapun, syukurlah kerana diberi kesihatan dan kudrat yang baik untuk bekerja. Kerana ada insan yang tidak mampu melakukan kerja. Syukurlah kerana diberi keselamatan dalam setiap apa yang dilakukan kerana ada yang tidak selamat ketika bekerja. Syukur juga kerana ada yang sudi membaca coretan ini kerana tidak semua orang sudi untuk singgah dan membaca coretan orang lain.

Panjang pula DN membebel kan. Hihihi... Perempuan.. Tidak lepas daripada aktiviti membebel walaupun di alam maya. Selesai membebel, sambung kerja pula. Lepas berbincang dengan bos tadi, banyak kerja yang perlu dilakukan maka, DN chow dulu. Jumpa lagi bila DN ada masa untuk bercerita lagi.

I love engineer & blogger! <3 br="">3>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles