Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

How to go Universal Studio Singapore (USS) using MRT - Part 2

$
0
0
Hi All!

Aik? Kenapa sudah Part 2? Haaa... Kepada yang tidak tahu, sebelum ini DN pernah berkongsi "How To Go Universal Studio using MRT" masa zaman muda DN. Kira itu Part 1 lah walaupun tidak muda mana iaitu sekitar hujung tahun 2011. Sekejap sahaja masa berlalu dan DN kembali lagi ke USS dengan laluan yang berbeza. Sebab itu jadi Part 2. Nak tahu laluan sebelum ini boleh baca Part 1 pada link disini. Heee...
 Kali ini seperti selalu DN akan park kereta di JB Sentral. Kemudian jalan kaki ke CIQ dan menaiki bas Causeway Link (CW2) ke Queen Street yang berharga RM2.50. Bila sampai ke imigresen Singapore, turun untuk isi form dan cop passport, pastikan naik bas yang sama semula (CW2). Selepas perjalanan sekitar 15minit, sampailah ke Queen Street.

Sampai sahaja ke Queen Street, DN menapak menuju ke Bugis MRT yang terletak 5 minit perjalanan dari Queen Street. DN menaiki MRT menuju ke HarbourFront yang berharga SGD1.26 apabila menggunakan kad EZ Link. Laluan perjalanan ke HarbourFront dari Bugis adalah seperti berikut :-
1.Naik train hijau menghala ke Joo Koon (2) tetapi berhenti di Outram Park
2. Tukar train di Outram Park menuju ke train ungu
3. Naik train ungu menuju ke HarbourFront (6)
Pastikan jangan keluar dari stesen dan sentuh kad sehingga sampai ke stesen terakhir (HarbourFront)
Keluar dari Stesen HarbourFront, terus naik ke Level 3 Vivo City. Di sinilah letaknya Sentosa Station untuk ke Sentosa Island (Waterfront Station, Imbiah Station dan Beach Station) dengan menaiki Sentosa Express. Harga untuk sekali masuk pergi dan balik sekarang sudah SGD4 tau. Sudah naik harga. Heee....

USS terletak di WaterFront Station maka DN turun di WaterFront Station. Bukan hendak masuk USS pun. Jalan-jalan di luar sahaja dan tujuan utama adalah untuk ke satu tempat ini.
 
 Hard Rock Cafe Sentosa Singapore. Nak beli t-shirt yang berharga SGD32. Lepas dah beli, rehat-rehat sambil mengisi perut sekejap, kemudian keluar semula. Masuk sebab teringin hendak membeli baju di sini. Perangai macam ini pun ada kan. Heee....
Selepas dapat apa yang dihajati, hai-hai bye-bye dekat globe USS sekejap, keluar lah DN dari Sentosa WaterFront ini dengan menggunakan route yang sama untuk kembali ke Bugis Station. Sempat lagi berhenti di Vivo City dan tangkap gambar pokok besar. Nak krismas kan.. Awal betul letak pokok besar kan.

Selesai perjalanan DN di Singapore yang mengambil masa sekitar 4 jam. Lain kali DN hendak ke Imbiah dan Beach Station di Sentosa Island ini. Siapa pernah pergi ke sana? Apa yang ada ye? Cecita sikit dengan DN.. :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles