Selamat bercuti esok dan Selamat Hari Raya Haji kepada semua. Pasti ramai yang berpuasa hari ini kan. Kepada mereka yang berpuasa dan sedang mencari tempat untuk makan semasa berbuka, di sini DN kongsikan tempat makan yang telah DN pergi minggu lepas.
Ben's
Address
6.11.00 & E6.11.00, 6th Floor
Pavilion KL Shopping Mall
168 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Pavilion KL Shopping Mall
168 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Operating Hour
Sunday - Thursday
11:00am - 10:00pm
9:30pm: Bar & kitchen last order
Friday, Saturday & Eve of Public Holiday
11:00am - 12:00 midnight
11:00pm: Kitchen last order
11:30pm: Bar last order
11:00am - 10:00pm
9:30pm: Bar & kitchen last order
Friday, Saturday & Eve of Public Holiday
11:00am - 12:00 midnight
11:00pm: Kitchen last order
11:30pm: Bar last order
Contact
T +603 2141 5290
F +603 2141 5292
F +603 2141 5292
Website : http://thebiggroup.co/bens/#home
Untuk starter, DN telah memilih Ben's House Salad yang berharga RM16. Ia terdiri daripada edamame, 7 seeds, avocado dan house dressing. Memang sedap dan lain dari yang lain rasanya. Sesuai untuk penggemar salad seperti DN.
Main dish pula DN telah memilih Golden Soft-Shell Crab Spaghettini yang berharga RM24. Ia merupakan spageti yang dimasak dengan daun kari dan cili padi. Rasanya tidaklah pedas tetapi kuahnya terasa seperti lemak kari. Sedap dan DN sengaja memilih spageti yang berbeza ini untuk merasa kelainan dalam masakan spageti. Ternyata ianya tidak mengecewakan.
Teman DN pula memilih Char-Grilled Seafood Spaghettini yang berharga RM26. Spageti yang dimasak dengan chilli flakes dan wilted spinach ini tidak berkuah, kering dan pedas. Mereka yang sukakan pedas dan tidak kisah tiada kuah boleh mencuba makanan ini. Masih sedap tetapi DN lebih sukakan spageti yang berkuah.
Sebagai pencuci mulut pula, DN memilih Banoffee Sundae yang berharga RM13. Ia terdiri daripada pisang, shortbread, aiskrim dan walnut. Sesuai dimakan untuk mereka yang sudah kenyang tetapi masih mahukan pencuci mulut. Jika memilih kek, cheese kek, brownies atau sesuatu berasaskan coklat, tentu tidak habis. Sangat sedap dan menyelerakan.
Untuk minuman pula, DN telah memilih Hot Coffee Latte berharga RM7.90. Apabila suasana sejuk, dapat minum kopi panas memang sesuatu yang menyegarkan. Coffee Latte tetap menjadi pilihan DN apabila tekak ini terasa untuk minum kopi.
Keseluruhannya, DN berpuas hati dengan makanan di Ben's ini. Pasti DN akan kembali untuk menikmati makanan yang lain bersama yang tersayang. Hee...