Hi all! Sabtu lepas telah berlangsungnya FoodFest Nuffnang bertempat di Blue Entrance Sunway Pyramid. Siapa yang pergi sila angkat tangan? Ok... Mestilah DN tak nampak kan. Tahniah kepada diri sendiri kepada yang datang. Kepada yang tidak dapat hadir itu, jangan bersedih hati. Kalian boleh pergi ke kedai atau membeli produk mereka dengan membayar sendiri. Tiada lagi makanan atau minuman percuma.
Memang diakui, acara ini hanya benefit untuk mereka yang mempunyai telefon yang dilengkapi dengan twitter, FB atau Instagram akaun. Untuk pengguna ios, mereka boleh download apps Nuffnang Food Fest 2013 dan menggunakannya di sini. Hanya perlu tweet atau like atau letak gambar di dalam instagram, tunjukkan kepada vendor di booth, akan dapat makanan dan minuman percuma.
Mudah untuk mereka yang mempunyai telefon dilengkapi dengan data plan. Mereka yang tidak mempunyai telefon canggih atau memang sudah canggih tetapi tiada data plan, tetap tidak dapat untuk menikmati apa yang tersedia di sini. Wifi percuma? Setakat DN di Sunway Pyramid belum pernah mendapat wifi percuma kecuali di tempat yang tersedia wifi percuma.
Memandangkan DN tergolong dalam mereka yang mempunyai telefon dilengkapi dengan data plan walaupun sudah limit, DN berjaya menikmati beberapa makanan dan minuman yang tersedia di sini. Jom DN kongsikan dengan semua apa yang DN rasa di #NNFoodFest ini.
Booth pertama yang DN pergi adalah Maggi. Dapatlah DN merasa maggi semangkuk selepas DN tunjukkan tweet yang telah DN kongsikan.
Kemudian DN ke booth Absolute Thai ini. Kongsikan di twitter untuk mendapatkan Thai Fish Skewers ini. Sedap.. DN pernah makan di sini dan DN akui makanan di restoran ini memang sedap.
Seterusnya bersebelahan dengan Absolute Thai adalah booth Nandos. Sama seperti tadi, kongsikan di twitter, tunjukkan kepada mereka, dapat sudah ayam Nandos ini.
Ok, lepas makan tekak dah mula perit untuk dilancarkan dengan air. Maka, DN ke booth Yakult. Kongsikan di twitter, DN dapat satu Yakult ini. Bersebelahan dengan booth Yakult adalah booth Juice Works. Sekali lagi kongsikan di twitter, DN dapat air tembikai dari Juice Works yang menyegarkan.
Rehat sebentar... Nampak orang sedang beratur untuk mendapatkan New Zealand Natural aiskrim ini. DN pun turut sama beratur sambil kongsikan di twitter. Dapatllah aiskrim strawberi yang sedap ini.
Kemudian ke booth Chatime. Tak ramai orang pula. Rupanya lain dari yang lain di mana perlu bergambar dengan instagram chatime yang disediakan, kongsikan di instagram, tunjukkan pada mereka barulah dapat air Chatime. Apa ada hal.. DN buat sahaja dan dapatlah air Chatime DN.
Booth terakhir yang DN pergi adalah waroeng Penyet. Kongsikan di twitter, DN dapat ayam penyet dan jus alpukat ini. Sedap! DN memang suka jus alpukat. Makan sekejap maka berakhirlah aktiviti jalan-jalan sambil makan percuma di sini bersama housemate.
Memang kenyang walaupun hanya makan sedikit-sedikit dari booth yang berbeza-beza. Dah kenyang, kami beredar meninggalkan tempat ini dan sambung bershopping sebelum ke destinasi seterusnya iaitu berkaraoke bersama sahabat DN.