Pada 28 Julai 2013, jawatankuasa Blogger Coffee Talk (BCT) telah menganjurkan Iftar Portluck Blogger yang bertempat di Dataran Bawah Shah Alam. Konsep Iftar kali ini adalah setiap mereka yang hadir perlu membawa bekalan makanan sendiri dan berkongsi dengan semua yang hadir. Terpulang kepada semua sama ada ingin masak sendiri, beli di bazaar atau suruh mak ayah kalian masakkan.
Sekitar jam 6 petang, beransur-ansur blogger hadir dengan membawa makanan masing-masing. DN memilih untuk membawa air nenas, ayam dari Ayamas dan Banoffee Pie. Sekitar jam 6.45 petang, kami saling bantu-membantu menyiapkan juadah yang telah dibawa oleh semua yang hadir.
Inilah antara juadah yang dibawa oleh para blogger. Bila dikumpul dan diagihkan, memang banyak. Alhamdulillah, rezeki untuk berbuka pada hari itu dan siap boleh bungkus bawa balik lagi.
Pelbagai ragam dan aksi dapat dilihat semasa kami berkumpul di sini. Azan sahaja, masing-masing berebut minum air. Dahaga sangat ye. Hehe... Selepas berbuka, masing-masing berjalan kaki ke Masjid Negeri Shah Alam yang terletak berdepan dengan Dataran Bawah Shah Alam ini untuk menjalankan kewajipan menunaikan solat Maghrib. Selepas solat, kami sambung makan lagi.
Rasanya kita ada ambil gambar beramai-ramai sebelum beransur pulang. Siapa yang ada gambar itu ye? Hmm.... Kepada mereka yang ingin bersama-sama mengikuti aktiviti Blogger Coffee Talk (BCT), boleh ke FB Group disini.
Kredit gambar Azman Ismail