"Terima kasih adik" kata pramugari Firefly kepada DN.
DN memandang lama ke arahnya sambil tersenyum lalu membalas "Sama-sama"
Persoalannya... Adik? Hmm... Mungkin apabila DN mengenakan baju t-shirt, seluar jeans, kasut flat dan menggalas bag laptop menjadikan DN nampak seperti budak universiti. I guess so... Tetapi apa salahnya kan apabila orang lain nampak kita lebih muda dari usia sebenar. Hihi...
Ramai yang mengatakan usia DN tidak seperti 30-an tetapi hakikatnya tahun hadapan DN akan berusia 30 tahun. Mungkin sebab DN rajin makan jamu suatu ketika dahulu. Haha... Pendedahan rahsia awet muda DN. :p
DN pasti ramai yang mengalami keadaan seperti DN. Apabila wajah tidak menggambarkan usia sebenar, ramai yang ingat DN fresh graduate. Ini berlaku di alam pekerjaan DN juga. Apabila pertama kali mereka melihat DN, mereka ingat DN tidak mengetahui apa-apa kerana baru habis belajar. Apabila DN mula bersuara, akan ada beberapa orang akan berbisik bertanyakan tentang DN atau bertanya DN sendiri selepas habis mesyuarat.
Bila difikirkan semula, bersyukur kerana diri dikurniakan kesihatan yang baik dan wajah awet muda. Yeke DN? Perasan lebih DN ini. Hihihi... Apapun, bangga juga apabila masih ada yang sudi memanggil DN adik. Terasa diri ini sentiasa muda. ^_^