Quantcast
Channel: deqnoor.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Informasi Berguna Melancong Ke Korea

$
0
0
Ini merupakan entry penutup travelog DN ke Korea. Untuk itu, DN ingin kongsikan beberapa informasi berguna untuk mereka yang ingin melancong ke Korea.
Suhu / cuaca semasa - pastikan suhu di sana berapa degree dan cuaca di sana sejuk atau hujan atau panas. Korea yang mmpunyai 4 musim menyebabkan suhu persekitaran berubah mengikut peredaran semasa. Contohnya : 3deg - 14deg (sejuk)
 Kelengkapan pakaian - setelah mengenalpasti suhu / cuaca semasa, dapatkan pakaian yang bersesuaian dengan cuaca tersebut. Jika datang semasa musim sejuk, pastikan membawa pakaian yang bersesuaian untuk musim sejuk seperti long john, scarf, gloves, sweater, wool coat dan jacket.
Matawang - RM100 ~ 30000won (semak mata wang semasa dan disarankan menukar matawang di Malaysia)
Credit Card - Digunakan secara meluas di Selatan Korea. Walaubagaimanapun, tunai sahaja diterima di mana-mana pasar malam di Korea. Oleh itu, pastikan membawa wang tunai yang mencukupi mengikut budget anda.
Bekalan Elektrik - 220V, 60Hz. Standard voltan dan frekuensi berbeza dengan Malaysia. Oleh itu, pastikan membawa universal adapter ataupun plug 2 pin. Plug 3 pin tidak boleh digunakan tanpa bantuan universal adapter.
Telekomunikasi - Kod antarabangsa adalah +82.
Zon waktu - Seoul mendahului Malaysia selama 1 jam.


Berakhir sudah ceritera travelog Korea DN. Disini DN senaraikan kisah-kisah Korea DN untuk bacaan anda semua yang ingin membuat rujukan sebelum ke sana.

Bermula Catatan Perjalanan DN ke Korea
The National Folk Museum of Korea
Cheongwadae Sarangchae Exhibition & Museum
Pengalaman di Kimchi School Korea
Penghujung Musim Sejuk di Nami Island
Kumho Seorak Resort, South Korea
 Pendakian Musim Sejuk ke Mt. Sorak
Melihat Hidupan Laut Segar di Daepohang Seafood Market
Apa Ada di Phoenix Park Hotel Korea
Bersukaria di Lotte World 'Mask Festival'
Seaworld + Wax Museum di 63 City Building
The M Hotel Seoul Korea

Banyak juga ye DN membebel disini dalam pada tidak berapa happy semasa di sana. Maklum lah, shopping terbatas dan DN tiada entry shopping untuk travelog Korea. Sobsob... Apapun, DN akan kembali menulis untuk travelog DN berikutnya. Ke mana DN selepas ini? Tunggu..... Doakan keselamatan DN ye... :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 471

Trending Articles